Muhyiddin dengan
bangga mengisytiharkan bahawa dalam PRU14 tidak
akan ada seorang pun pengundi Cina yang akan mengundi BN - kata-kata
yang keluar dari mulut Presiden sebuah parti yang hanya meletakkan kaum selain
Melayu sebagai ahli bersekutu sahaja.
Persoalannya,
dengan latar belakang yang sebegitu, mahukan pengundi Cina memberikan undi
mereka kepada parti Muhyiddin?
Ini belum lagi dibukakan persoalan bahawa
dalam PRU14 yang akan datang, pertembungan 3 penjuru di banyak kawasan hampir
tidak boleh dielakkan dan bila keadaan ini berlaku, sudah tentu yang akan
menang ialah BN.
Sejarah sudah
membuktikannya bukan sekadar kata-kata.
Jangan juga
kita lupa dikala pengundi cina sedang menjauhi PAS, Muhyiddin pula cuba
mendekati PAS, sekali lagi persoalannya, adakah pengundi cina akan memberikan
undi mereka kepada Muhyiddin?
Oleh yang
demikian, lebih baik Muhyiddin menumpukan dulu kepada menyelesaikan masalah
partinya yang masih huru hara itu sebelum bercakap benda yang dia tidak pasti
mengenainya.
Khabarnya
Muhyiddin sendiri tidak akan bertanding di Pagoh sebaliknya pergi ke kawasan
yang lebih selamat, mungkin dimana DAP kuat. Setakat itu sajalah kelebihan
Muhyiddin pun.
Sumber: Balqis Sheikh