Menteri Pelancongan dan Kebudayaan,
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan Tun Dr Mahathir
Mohamad sebagai "gila" apabila mendakwa tanah yang dijual kepada orang asing akhirnya
akan menjadikan Malaysia negara asing.
"Dia gila. Kita jual tanah kepada kedutaan untuk buat bangunan kedutaan.
Syarikat luar untuk membina projek mereka, ini bukan satu kesalahan.
"Sedangkan sebelum ini banyak juga tanah telah dijual ketika
zaman Tun Mahathir lagi. Kenapa dia tidak fikir pasal itu masa dia jual
tanah," soal Nazri.
Nazri berkata demikian selepas hadir pada acara gemilang
persembahan gendang 24 perayaan bagi mencipta rekod Malaysia Book of Records di
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tsun Jin, Kuala Lumpur hari ini.
Mahathir di blognya sebelum ini mendakwa Datuk Seri Najib Razak
memberi takrif baru kepada pelaburan langsung asing (FDI).
Katanya, strategi perdana menteri menarik FDI melalui
penjualan tanah sama seperti menjual Singapura kepada Bristish pada zaman
negara dijajah.
Beliau memberikan contoh projek Forest City di Johor yang
dibangunkan syarikat berpangkalan di China yang didakwanya akan didiami 700,000
orang dari China.
"Apabila kita menjual Singapura kepada British, kita mesti
tahu Singapura dengan segala kekayaan dan pembangunannya menjadi negara
asing," kata Mahathir menerusi blognya.
Mengulas lanjut, Nazri yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno
mempersoalkan bagaimana mungkin tanah di negara ini akan terjual
kepada negara asing.
"Saya nak tanya Dr Mahathir kalau kita jual tanah sebanyak
satu ekar kepada orang luar, lepas tu kita potong-potong tanah itu dan
bawa ke China.
"Di Johor, kalau seekar kita potong-potong kemudian kita
boleh ke hantar kepada negara China?," Soal Nazri.
Justeru Nazri yang juga anggota Parlimen Padang
Rengas mahu semua pihak lagi melayan Mahathir yang semakin hari dilihat
'semakin mengarut'. "Jadi apa yang dicakap ni? Dia makin lama makin mengarut. Dia nak cipta
masalah. Kita nak negara bergerak maju. Kita nak maju.