Mahathir pernah mengadu kepada para penyokong dan
pentaksubnya, kerajaan pimpinan Najib Abdul Razak telah menganiayainya apabila
pembantu dan tukang masaknya diberhentikan kerja. Mahathir cuba
menggambarkan betapa sukarnya kehidupannya apabila keistimewaannya
– walaupun masih banyak keistimewaan lain dinikmati tanpa rasa bersalah – ditarik balik.
Dan isterinya, Tun Siti Hasmah juga menggunakan naratif seorang
wanita yang penuh kasih sayang, cuba menggambarkan nasib yang telah menimpa
tukang masak dan pembantu rumah mereka yang telah ‘diberhentikan’ kerja
walaupun telah berpuluh-puluh tahun bekerja di bawah Mahathir-Hasmah.
Mahathir
dalam ceramah-ceramahnya selepas bergelar Pengerusi Cap Bunga sentiasa cuba
menggambarkan kesusahannya. Dia membandingkan dirinya dengan
Najib Abdul Razak yang dikatakan mempunyai wang berjumlah RM2.6 bilion
di dalam akaun, manakala dia pula tidak ada duit. (RUJUK SINI)
Malah tukang-tukang propagandanya juga menggambarkan Mahathir
sangat jujur, tidak mengambil kesempatan dan langsung tidak menyelewengkan satu
sen pun harta negara untuk keluarganya. (RUJUK SINI)
Pendedahan
tentang syarikat-syarikat pemilikan anak-anak dan dia sendiri, telah lama
dibuat terutama pada penghujung 1990-an. Beberapa projek mega dan keistimewaan
yang diterima oleh anak-anaknya juga telah dipersoalkan.
Namun pada waktu itu, media sosial seperti Facebook, Blog dan
sebagainya tidaklah berkembang maju seperti sekarang. Bahkan peraturan dan
undang-undang keras telah digunakan untuk mengekang ‘kebocoran’ data-data yang
melibatkan Mahathir dan keluarganya walaupun pada masa yang sama, Mahathir dan
orang-orangnya berjaya mengenakan Zahid Hamidi yang sekarang ini adalah
Timbalan Perdana Menteri.
Dengan 488 buah syarikat –
setakat yang diketahui – yang dimiliki oleh Mahathir dan anak-anaknya, membolehkan
segala dakwaan tentang kekayaan luar biasa Mahathir sepanjang 22 tahun dia
menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ada asas-asas yang kukuh.
Cerita tentang kekayaan Mahathir dan anak-anaknya,
bukan sekadar cerita dalam negara, bahkan telah pun diperkatakan oleh
media-media besar dunia ketika dia masih berkuasa lagi. Dan sekali lagi,
kejayaan utama Mahathir adalah mengekang berita-berita seperti itu daripada
sampai ke pengetahuan rakyat menerusi penguatkuasaan undang-undang dan
peraturan penerbitan.
Persoalan yang rakyat berhak ketahui ialah dari manakah Mahathir
memperolehi kekayaan yang sebegini banyak? Gajinya sebagai Perdana Menteri
tidak sampai RM30,000 sebulan. Sekiranya dia tidak membelanjakan sesen dari
wang ini dia akan mengumpul RM360,000 setahun. Dalam masa sepuluh tahun ini
menjadi RM3.6 juta.
Ini bererti dalam 22 tahun dia menjadi Perdana Menteri gaji
terkumpulnya tidak akan melebihi RM7.92 juta.
Ini bererti kalau diharapkan
pada gajinya sahaja, Mahathir tidak mampu membayar kos pembinaan rumahnya di
Bukti Tinggi. Apatah lagi untuk membeli rumah-rumah lain, termasuk di London,
Florida, Vancouver dan Argentina.
Dari manakah datangnya wang yang sebegini banyak?
Di sinilah kita dapat melihat kelicikan Mahathir. Dia menggunakan
berbagai proksi untuk memegang kekayaannya. Di antara proksinya yang paling
penting ialah anak-anaknya dan Daim Zainuddin. Daim pula akan menggunakan
proksi untuk memegang kepentingannya.
Amalan Daim ialah tidak memegang lebih dari 10%
saham mana-mana syarikat di atas namanya sendiri. Sebahagian besar kekayaannya
dan Mahathir dipegang oleh proksi seperti Halim Saad, Allahyarham Tan Sri Yahya
Ahmad, Kadir Jasin , Ting Phek Khing, Eric Chia, Vincent Tan, anak-anak Taib
Mahmud dan lain-lain lagi. Dengan ini mereka memastikan kekayaan sebenar mereka
tesembunyi dari pengetahuan rakyat.
Patutkah orang seperti Mahathir
yang mempunyai kemewahan sebegini banyak meminta rakyat terus menyokong dan
memastikan kekayaan sekurang-kurangnya 488 buah syarikat yang sebahagian besar
pula mendapat kontrak serta tender daripada Kerajaan Malaysia?
Tidak cukupkah wang rakyat menerusi Petronas
dikorbankan untuk menyelamatkan syarikat anaknya, Mirzan? Tidak cukupkah wang
rakyat dikorbankan menerusi konsesi-konsesi tol lebuhraya? Tidak cukup jugakah
RM776 juta wang rakyat di Khazanah Holding dikorbankan untuk membantu Rashid
Husin dan RHB Bank?
488 buah syarikat sekurang-kurangnya!
Sumber: BERSAMBUNG DAN KLIK DISINI