Mahathir kata, masa
telah tamat buat PAS untuk menyertai Pakatan Harapan. Mahathir sangat marah dengan PAS apabila PAS langsung tidak
mengendahkannya walaupun berbekalkan gelaran NEGARAWAN bahkan PAS menggelarkan Mahathir sebagai SASAUAN.
Perlu diingat, jauh lebih lama sebelum
wujudnya PKR atau Semangat 46, PAS adalah penentang Mahathir yang paling wahid.
PAS cukup kenal Mahathir terutama selepas Mahathir memilih pentas PAS untuk
menentang Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dan kemudian apabila Tunku
melepaskan jawatan, Mahathir mengerjakan PAS secukup-cukupnya.
Tempoh dari tahun 1979 sehingga
2003, Mahathir adalah musuh utama PAS. Dan kebetulan Mahathir adalah Presiden
UMNO, maka UMNO juga terpalit dengan kemarahan dan kekecewaan PAS. Dan kerana
Mahathir jugalah, PAS memberikan pelbagai label bahkan mentakfirkan jemaah UMNO
secara keseluruhannya.
Jadi, apabila sekali lagi Mahathir cuba
berhelah dan memperdayakan PAS agar tunduk kepadanya, dan PAS memberikan
jawapan secara sinikal, Mahathir menjadi sangat berang.
Sumber: KLIK DISINI DAN TERUSKAN MEMBACA
SSumber