Mahathir kata, masa
telah tamat buat PAS untuk menyertai Pakatan Harapan. Mahathir sangat marah dengan PAS apabila PAS langsung tidak
mengendahkannya walaupun berbekalkan gelaran NEGARAWAN bahkan PAS menggelarkan Mahathir sebagai SASAUAN.
Perlu diingat, jauh lebih lama sebelum
wujudnya PKR atau Semangat 46, PAS adalah penentang Mahathir yang paling wahid.
PAS cukup kenal Mahathir terutama selepas Mahathir memilih pentas PAS untuk
menentang Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dan kemudian apabila Tunku
melepaskan jawatan, Mahathir mengerjakan PAS secukup-cukupnya.
