Walaupun
Mahathir terus mempertahankan
skandal beliau,
perlu diambil perhatian bahawa tidak pernah dilakukan
sebarang siasatan penuh sebenar ke atas skandal BMF, MAMINCO atau FOREX BNM.
Tidak
seperti 1MDB, BPR (sekarang SPRM) dan PDRM juga tidak siasat. Juga
tiada laporan khas Ketua Audit Negara yang diarahkan oleh
Mahathir terhadap ketiga-tiga skandal ini.
Satu lagi perkara penting adalah bahawa tidak
pernah ada sebarang perolehan semula wang yang hilang dalam skandal BMF,
MAMINCO dan BNM. Semua dilupuskan dengan kerajaan menanggung sepenuhnya
kerugian.
Kerajaan hanya pernah membiayai RM1 juta modal
berbayar kepada 1MDB – dengan selebihnya dipinjam, kebanyakannya melalui
hutang jangka panjang akan matang di antara 2022 hingga 2039. 1MDB sudah
melakukan usaha penting untuk melakukan pemulihan dan mereka masih meneruskan
usaha mereka untuk pemulihan sepenuhnya dan dijangka menghasilkan keuntungan
apabila Bandar Malaysia dan TRX terus berkembang.
Paling
membinasakan daripada semua ini adalah BMF, MAMINCO atau BNM benar-benar
menyebabkan kerugian menyeluruh dengan habuk pun tak tinggal.
Selain
daripada beribu-ribu orang dihantar menunaikan haji dan juga usaha
tanggungjawab sosial (CSR) dibiayai oleh mereka, 1MDB juga akan meninggalkan
legasi yang jelas ketara dengan sebanyak 8 pengkalan tentera dibiayai oleh
mereka serta TRX dan Bandar Malaysia yang menjadi ikon masa depan
Malaysia. Sudah pun sekarang pembangunan pantas TRX menyediakan aktiviti
ekonomi, peluang pekerjaan dan kesan limpahan ekonomi kepada Malaysia.
Apa
yang Malaysia dapat dengan skandal BMF, MAMINCO atau Forex BNM?
Sumber: KLIK DISINI