Inilah dia syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia |
PENULIS sudah hilang nombor nak kira dah berapa kali PAS mengadakan solat hajat beramai-ramai mendoakan kehancuran UMNO dan BN. Rasanya sejak Anwar dipecat pada 1998, PAS membuat aktiviti itu (solat hajat) hampir setiap tahun dan setiap kali itulah juga doanya tetap sama – UMNO hancur.
Bercakap pasal doa juga, Perdana Menteri sendiri tidak terlepas. Nik Aziz pernah berdoa supaya Perdana Menteri pecah perut tapi yang nampak pada kita Perdana Menteri makin steady, Nik Aziz juga yang makin semput, jalan pun dah bertongkat dah.