Translate

04/10/2012

BELUM PILIHAN RAYA DAH BEREBUT JAWATAN / KEDUDUKAN DALAM KABINET ???

PAS hari ini menegur Timbalan Presiden PKR Azmin Ali ekoran kenyataannya berhubung kemungkinan menteri besar Selangor akan ditukar, kerana ia boleh mengelirukan orang ramai.

Setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali berkata, kenyataan bersifat peribadi yang tidak pernah dibincangkan itu perlu dielak kerana ia boleh dianggap sebagai pendirian bersama Pakatan Rakyat. 

Mustafa turut dilaporkan kesal dengan kenyataan Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei sebelum ini yang berkata, 20 pemimpin PKR akan menyertai kabinet. 

POLITIK KHALID GAGAP BERKUBUR SELEPAS PRU KE 13

Menang atau kalah, Khalid Ibrahim tidak akan menjawat jawatan Menteri Besar Selangor, tegas Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR. Umum mengetahui hubungan Azmin Ali dan Khalid Ibrahim renggang sejak sekian lama apabila timbul desas-desus Azmin Ali akan menggantikan Khalid Ibrahim bagi jawatan Menteri Besar.

Hari ini, Azmin Ali menegaskan Khalid Ibrahim tidak akan dilantik semula ke jawatan Menteri Besar Selangor akibat daripada keputusan gabungan bersama DAP, PAS dan PKR. Ini disebabkan kepimpinan Khalid Ibrahim di Selangor pada penggal ke-12 ini tidak berjaya memuaskan rakyat Selangor.

SUHAKAM dan SUARAM Wajar Dibubar Segera

suaram
Sayang benar Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) kepada Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) apabila Presidennya, Tan Sri Hasmy Agam, bertindak membela “adiknya” itu dari pertikaian hangat yang membabitkan dana asing yang dipercayai dari dalang Yahudi.

Dalam kenyataannya semalam, Hasmy menegaskan adalah tidak menjadi satu kesalahan bagi mana-mana pertubuhan di negara ini untuk menerima dana dari luar negara, khususnya bagi sebuah NGO yang kononnya memperjuangkan pemantauan hak asasi manusia seperti SUARAM.

Presiden SUHAKAM itu memberi alasan bahawa menerima dana asing tidak menyalahi mana-mana akta yang ditetapkan di dalam perlembagaan negara.

03/10/2012

SIMBOL PRU-13 PAKATAN PEMBANGKANG - 3 idiots

Sejak sekian lama BN megah dengan simbol ‘dacing’ yang berlatarbelakang warna biru bermaksud kesamarataan dan perpaduan serta kerjasama. Berbeza dengan Pakatan Pembangkang, masing-masing dengan logo parti mereka. Ini menunjukkan ketiga-tiga komponen Pakatan Pembangkang tidak bekerjasama dan mementingkan agenda dan idealogi politik masing-masing.

PAS dengan konsep Islamnya, DAP dengan konsep Malaysia Malaysian dan PKR demi mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Disebabkan itu, mereka tidak pernah menggunakan satu simbol atau logo yang sama kecuali BERSIH dan Himpunan Hijau.

Masyarakat India Di Selangor Kena Tipu Dengan Khalid Ibrahim.

Inilah 'hadiah' dari Kerajaan Selangor selepas mengundi Pakatan Pembangkang.


Nak tuntut kat Khalid pun susah jugak sebab sebagai Menteri Besar Selangor, dia sendiri mengakui bahawa MANIFESTO PAKATAN PEMBANGKANG dalam Pilihan Raya bukan janji!

ANAK KELANTAN SUDAH BOSAN DENGAN PENIPUAN KERAJAAN PAS KELANTAN ???

HIMPUNAN DEMO ROYALTI KE PUTRAJAYA GAGAL KUMPUL RIBUAN SOKONGAN!!


First of all jangan tertipu dengan gambar yang dipaparkan oleh blog dan media pakatan pembangkang kerana sudut yang mereka ambil memang kelihatan agak ramai kerana diambil secara berhadapan. Aku percaya yang semua media pakatan sedang meng'upload' gambar 'ribuan' orang yang hadir.

Antara sebab utama aku suka ambil gambar yang di'shoot' oleh bloggerDarul Ehsan Today adalah kerana kepakaran dalam mencari posisi yang jelas menggambarkan penipuan jumlah kehadiran dalam segala himpunan pakatan yang dibuat sejak kebelakangan ini.

02/10/2012

ISTERI SIAPA LEBIH HEBAT? ALJUB ATAU DS NAJIB ?

Memang kalau kita perasan nampak ketara dan berbeza antara Aljub dan DS Najib, bukan soal takut bini tetapi sebaliknya sampai sekarang Rosmah tetap jalankan tanggung jawab sekalipun dicerca dan di fitnah. Apa jer yang diburukan dia tetap akan terus menjalankan tanggung jawab. 

Seperti DS Najib sendiri yang tak ambil hati dengan segala fitnah oleh KERA bin LOTONG nie, sebaliknya tetap terus berbakti demi untuk rakyat. Bagaimana pun mungkin dia rasa dia lebih baik dan terbukti, mana kan tidak... kononnya...

Nak Roboh Menara Terpaksa Sembah Tokong Guan Eng

Pada 30 SEP 12 , sekumpulan penduduk dari Jalan Melaka, Jalan Manlok, Jalan Pahang, Jalan Sion Teik & Jln Siam, telah bergabung mengadakan Sidang Media.

Kumpulan penduduk ini  menggesa kerajaan negeri  dan MPPP supaya mengambil tindakan merobohkan menara pemancar telekomunikasi di kawasan tersebut. Kumpulan ini mendakwa bahawa menara pemancar telekomunikasi tesebut boleh menjejaskan kesihatan penduduk dikawasan berkenaan.

01/10/2012

TAHNIAH ORANG MUDA PULAU PINANG

Siapa cakap orang muda di P.Pinang tak sokong BN ?? Hari ini 5 ribu anak muda berkumpul  bagi menyatakan sokongan mereka kepada BN di PRU akan datang.

Program yang diberi nama 'BN Pilihan Orang Muda' ini diadakan dengan mengumpul generasi - generasi muda dari kalangan anak - anak di seluruh P.Pinang  turut disertai oleh pelbagai kaum yang mewakili suara komponen BN.

Azmin Ali Mendakwa UMNO-BN Tandus Calon Bermoral - Hahahahahahaha! malunya.....

Teringat CTS kepada sebuah pepatah Inggeris, "the pot calling the cattle black" apabila membaca dakwaan Timbalan Pengerusi P"Gay"R, YB Azmin Ali. CTS tabik hormat dengan YB Azmin Ali yang mempunyai rekod peribadi yang mulia, mempunyai isteri dan anak-anak yang soleh dan solehah, menjalani kehidupan yang zuhud, taat dan sentiasa mendengar perintah Ibu. Cumanya, beberapa persoalan di bawah harus dijawab kepada Rakyat sebelum mendakwa orang lain tidak bermoral.

PETRONAS ARAHKAN RAFIZI RAMLI LETAK JAWATAN - TUNTUTAN PALSU

Selepas meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di pejabat penasihat kerajaan Selangor pada bulan Jun yang lalu dan bakal dihadapkan dengan hukuman yang cukup berat dibawah Akta BAFIA 1989 kerana menceroboh dan menyebarkan akaun peribadi pelanggan bank, kini Rafizi Ramli bakal dihadapkan dengan satu lagi tuduhan.

30/09/2012

Majlis Pengkuburan Pakatan Rakyat Diterjemahkan di Majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat


Kebiasaannya barang peribadi yang dijual atau dilelong adalah kepunyaan mereka-mereka yang sudah meninggal dunia. Mungkin juga mereka-mereka ini akan mengikutnya. Mudah2an....cepat sikit.

Surat cinta Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mendapat bidaan paling tinggi apabila dibeli dengan harga RM50,000 pada Majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Stadium Melawati Shah Alam malam tadi.
Majlis makan malam yang bertujuan bagi mengumpul dana pilihan raya Pakatan Rakyat itu juga turut menyaksikan Wan Azizah membacakan surat ‘cinta’ yang ditulis Anwar semasa beliau berada dalam penjara Sungai Buloh sebelum dibeli.

BN Tak Janji Benda Yang Tak Boleh Ditunaikan, Kita Berpijak Di Bumi Nyata – PM


Pembentangan Belanjawan 2013 bukan langkah untuk membeli undi rakyat tetapi merupakan komitmen kerajaan untuk memakmurkan negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Justeru, Perdana Menteri berkata kerajaan tidak harus dituduh bersifat populis kerana berjaya mencipta pelbagai kejayaan dan menunaikan janji yang diberi kepada rakyat.
Katanya pelbagai dasar dan perbelanjaan yang dilaksana untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi sehingga negara mampu mencatat perkembangan memberangsangkan ketika dunia berdepan kemelut ekonomi, merupakan antara kejayaan besar kerajaan selain penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGV) yang mencatat Terbitan Saham Awal (IPO) kedua tertinggi selepas Facebook.

29/09/2012

Ingat !! Jangan Kongsi 10 Perkara Ini Dalam Facebook!

Facebook
Laman sosial memainkan peranan penting dalam kehidupan anak muda masa kini.
Namun, setiap di antara kita harus berwaspada terutama apabila kita berkongsi maklumat kepada umum menerusi apa-apa sahaja laman sosial.
Facebook sebagai contoh semakin pesat menjadi satu alat yang digunakan oleh majikan, ‘stalkers’ dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mencari butiran mengenai seseorang.

KHALID IBRAHIM BUAH HATI ANUAR IBRAHIM ???

PENULIS difahamkan, banyak pihak sekarang ini sedang berusaha memasti, menyiasat dan menentusahkan status bas digunakan Anwar Ibrahim yang katanya adalah hasil dari penyelewengan dalam perolehan 50 buah lori kompaktor sampah oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Maklumat lanjut boleh dirujuk disini.

Sudah tentu tidak berapa lagi kita akan dapat banyak maklumat mengenai pemilik sebenar bas itu dan kaitannya dengan syarikat yang membekal lori sampah outdated yang dibeli kerajaan Pakatan Rakyat Selangor secaradirect nego dari China.

PANAS!!!! WAJAH PAS sebenar yang diluahkan bekas Pengikut PAS sendiri

Apa yang penulis boleh kupaskan disini parti PAS yang kononnya memperjuangkan kepentingan Islam, sebenarnya hanyalah sebuah parti yang mempergunakan Islam sebagai satu alat meraih simpati untuk mendapatkan kuasa yang begitu diidamkan sejak dari sebelum merdeka. Mereka mempergunakan Islam, Hukumnya berubah-rubah mengikut acuan sendiri dan semata untuk kepentingan mereka sendiri.

Tidak pernah terpadam dan tidak akan terpadam dalam catatan sejarah negara dan juga masih segar dalam ingatan Ee bagaimana pada tahun 1963 Dewan Ulama’ PAS Kelantan telah memutuskan sebulat suara bahawa orang Islam yang berkerjasama memerintah negara bersama dengan orang kafir adalah haram dan menjadi kafir.

28/09/2012

Intipati Bajet 2013 yang dibentang Perdana Menteri

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Berikut ialah intipati Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini.
Tema Bajet 2013 ialah “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati".
* Peruntukan RM251.6 bilion bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan.
* RM201.9 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukkan pembangunan.
* RM58.6 bilion diperuntukkan bagi Emolumen dan RM33.7 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan.
* RM30 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar

The Wall Street Journal (WSJ) memuji kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

image

Najib dipuji berhubung pendirian filem anti-Islam

KUALA LUMPUR: The Wall Street Journal (WSJ) memuji kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyeru supaya umat Islam bertindak secara aman dan tidak memilih keganasan sebagai respons terhadap filem anti-Islam dan juga karikatur yang memfitnah dan menghina Nabi Muhammad S.A.W. KLIK DISINI

Dalam satu artikel, WSJ menyebut bahawa rusuhan di dunia Islam baru-baru ini menunjukkan bahawa perkataan boleh menimbulkan huru hara apabila diucapkan oleh mereka yang berkuasa bagi menghasut kepada keganasan. 

PROKSI SOROS SAH DALAM MALAYSIAKINI.

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif bagi Dana Pinjaman Pembangunan Media (MDLF) yang dikaitkan dengan George Soros, Harlan M. Mandel merupakan salah seorang daripada pengarah Mkini Dotcom yang mengendalikan Malaysiakini manakala beberapa tokoh pembangkang merupakan antara 50 pemegang sahamnya.
Manel, yang berpangkalan di Brooklyn, New York, telah dilantik sebagai pengarah pada Julai tahun lepas, menurut Mkini profil Dotcom.

Dasar dalam Belanjawan 2013 untuk kesejahteraan berterusan rakyat

pmbajet
Belanjawan 2013 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak esok dijangka menyaksikan penerusan dasar afirmatif yang beliau telah perkenalkan sejak tiga tahun lepas untuk terus meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia, demikian menurut para pegawai yang arif mengenainya.

Bagi memastikan pertumbuhan dan perkembangan sosial yang mampan selain daripada mengamalkan pengurusan kewangan yang berhemat, belanjawan itu akan lebih kepada "pengembangan sedikit tetapi lebih berhemat", kata mereka.

Perbelanjaan kerajaan persekutuan pada 2012 dianggarkan bernilai RM229 bilion dan ini bermakna yang perbelanjaan tahun depan akan tinggi sedikit bagi menampung pelbagai program menyeluruh yang bertujuan mengukuhkan kesejahteraan rakyat dalam beberapa bidang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...