Translate

04/10/2012

SUHAKAM dan SUARAM Wajar Dibubar Segera

suaram
Sayang benar Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) kepada Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) apabila Presidennya, Tan Sri Hasmy Agam, bertindak membela “adiknya” itu dari pertikaian hangat yang membabitkan dana asing yang dipercayai dari dalang Yahudi.

Dalam kenyataannya semalam, Hasmy menegaskan adalah tidak menjadi satu kesalahan bagi mana-mana pertubuhan di negara ini untuk menerima dana dari luar negara, khususnya bagi sebuah NGO yang kononnya memperjuangkan pemantauan hak asasi manusia seperti SUARAM.

Presiden SUHAKAM itu memberi alasan bahawa menerima dana asing tidak menyalahi mana-mana akta yang ditetapkan di dalam perlembagaan negara.

Pada saya, memang benar bahawa perlembagaan Malaysia tidak pernah menyekat mana-mana pihak untuk menerima dana dari luar negara bagi membantu kos operasi persatuan atau pertubuhan NGO di negara ini.

Misalnya, sekiranya Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM) menerima dana dari sebuah pertubuhan yang terbukti memperjuangkan Islam dari luar negara, ia langsung tidak menjadi sebarang isu yang bertentangan dengan prinsip atau moral.

Namun dari segi sensitiviti umat Islam dan moral rakyat di negara ini, adalah tidak diterima akal apabila sesebuah NGO itu menerima dana dari sesebuah pertubuhan atau individu yang beridentitikan penyangak dan pro-Zionis Yahudi Laknatullah!

Apakah Hasmy lupa tentang siapakah sebenarnya George Soros yang sebelum ini telah menyebabkan beberapa negara di rantau Asia Tenggara ini hampir tergadai?

Apakah Hasmy lupa bagaimana susahnya mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencari jalan mengatasi  sabotaj penyangak matawang dunia yang merupakan kawan karib kepada Anwar Ibrahim itu?

Apakah Hasmy tidak tahu bagaimana kemudiaannya Anwar berpakat dengan Wolfowitz untuk memberikan pinjaman dari IMF kepada beberapa negara di Asia Tenggara yang terjejas teruk akibat perbuatan George Soros?

Dan kini, SUARAM sendiri mengaku menerima dana dari penyangak matawang tersebut.

Apakah dengan pengakuan SUARAM itu Hasmy Agam  tidak terbayang langsung wajah “setan” yang bernama George Soros, Wolfowitz dan Anwar Ibrahim yang pernah begitu hampir menjahanamkan ekonomi negara?

Saya berpandangan bahawa sama ada SUHAKAM atau SUARAM sebenarnya wajar dibubarkan saja di negara ini memandangkan “suara” mereka kebanyakkannya tidak berpaksikan kepada sensitiviti umat dan agama Islam di negara ini.

Misalnya dalam isu LGBT, SUHAKAM dan SUARAM bersatu hati menyokong penuh usaha memaksa rakyat dan perlembagaan negara ini menerima golongan songsang itu, kononnya atas dasar “hak asasi manusia”.

Kepala hotak mereka “hak asasi manusia”! Di dalam fitrah kejadian manusia, kita diciptakan Allah berpasang-pasangan di mana lelaki pasangannya ialah perempuan. Hanya mereka yang sesat dan songsang saja berpasangan sesama jantina.

Apakah golongan songsang dan “sakit” seperti itu yang diperjuang dan disokong oleh Hasmi Agam dan SUARAM? Agama dan budaya mana mereka pakai?

Justeru itu, apakah kita rakyat Malaysia masih lagi dapat menerima pandangan dan kenyataan dari SUHAKAM mahupun SUARAM yang jelas bertentangan dengan nilai-nilai agama, moral dan kebudayaan masyarakat kita selama ini?

“No heart feeling”, rasanya Hasmy Agam, SUHAKAM dan SUARAM wajar dilupakan dan diketepikan saja peranan mereka di Malaysia memandangkang mereka langsung tidak berpaksikan kepada sensitiviti rakyat Malaysia yang berpegang teguh kepada Islam dan budaya ketimuran, kan?

sumber:mykmunet

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...