Translate

03/10/2012

SIMBOL PRU-13 PAKATAN PEMBANGKANG - 3 idiots

Sejak sekian lama BN megah dengan simbol ‘dacing’ yang berlatarbelakang warna biru bermaksud kesamarataan dan perpaduan serta kerjasama. Berbeza dengan Pakatan Pembangkang, masing-masing dengan logo parti mereka. Ini menunjukkan ketiga-tiga komponen Pakatan Pembangkang tidak bekerjasama dan mementingkan agenda dan idealogi politik masing-masing.

PAS dengan konsep Islamnya, DAP dengan konsep Malaysia Malaysian dan PKR demi mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Disebabkan itu, mereka tidak pernah menggunakan satu simbol atau logo yang sama kecuali BERSIH dan Himpunan Hijau.

Pengekalan PKR, PAS dan DAP menggunakan simbol parti masing-masing bagi merujuk Pakatan Pembangkang hanya bersifat ‘haram’. Jika benar mereka ini Pakatan, kenapa tidak menggunakan satu simbol untuk bertanding pada PRU-13 seperti mana BN? Apakah susahnya untuk menggunakan satu simbol?

PAS, PKR dan DAP pernah membincangkan penggunaan satu simbol bagi merujuk kepada Pakatan, tetapi tidak berhasil kerana tiada kesepakatan. Masing-masing mahu menonjolkan parti masing-masing. Akibatnya, sehingga kini tiada satu simbol bagi mewakil Pakatan dan sehingga ke hari ini mereka selesa bergerak menggunakan logo parti masing-masing.

Justeru, mereka mengambil keputusan untuk tidak mempunyai satu simbol.Tiada jaminan bahawa jika satu simbol atau logo dibuat, kita boleh kekal. Ini mengambil iktibar daripada apa yang pernah berlaku sebelum ini apabila hubungan PAS dan DAP terputus disebab pertelengahan dalaman.

Juga, sehingga ke hari ini Pakatan DAP, PKR dan PAS itu tidak mempunyai ‘ketua’ Pakatan Pembangkang. Mereka hanya ada Ketua Pembangkang yang bertindak di dalam Dewan Rakyat dengan cuba menggunakan pengaruh Anwar Ibrahim yang suatu ketika dahulu pernah menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri sebelum dipecat ekoran penyalahgunaan kuasa dan tuduhan meliwat.

Jika PAS, PKR dan DAP menggunakan logo parti masing-masing dan mengekalkan nama Pakatan Pembangkang, secara undang-undang tidak sah untuk mereka menubuhkan kerajaan negeri atau persekutuan kerana tidak berdaftar secara sah. Mereka hanya berdaftar atas logo dan nama parti masing-masing dan bukannya atas nama Pakatan.

Sumber:cetusankenyalang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...