Translate

30/09/2012

Majlis Pengkuburan Pakatan Rakyat Diterjemahkan di Majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat


Kebiasaannya barang peribadi yang dijual atau dilelong adalah kepunyaan mereka-mereka yang sudah meninggal dunia. Mungkin juga mereka-mereka ini akan mengikutnya. Mudah2an....cepat sikit.

Surat cinta Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mendapat bidaan paling tinggi apabila dibeli dengan harga RM50,000 pada Majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Stadium Melawati Shah Alam malam tadi.
Majlis makan malam yang bertujuan bagi mengumpul dana pilihan raya Pakatan Rakyat itu juga turut menyaksikan Wan Azizah membacakan surat ‘cinta’ yang ditulis Anwar semasa beliau berada dalam penjara Sungai Buloh sebelum dibeli.
Surat itu dibida dengan harga pembukaan RM50,000 dan dibeli oleh ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin.
Antara kandungan surat cinta itu bertulis supaya Wan Azizah berhati-hati dalam memberikan makanan kepada Anwar dan menjaga anak-anak mereka.
“Saya dah beri banyak barang untuk dilelong pada malam ini. Tetapi bila ditanya apakah benda paling berharga atau apa-apa yang dari penjara, lalu saya terfikirkan surat ini.
“Minta maaf jika saya menangis. Tetapi semasa saya tengok surat ini pun saya sudah menangis. Surat ini Anwar beri secara sembunyi dengan meletakkan di fail dokumen peguam,” kata Wan Azizah sebelum membacakan surat tersebut.
Nak baca lagi pun geli rasanya.... kalau nak baca juga KLIK DISINI dan baca lah.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...