Translate

22/12/2020

#UGUT KETUA POLIS JOHOR: LTTE MENCABAR NEGARA! TINDAKAN TEGAS PERLU DIAMBIL SEGERA


UGUTAN  BUNUH
oleh anggota kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) adalah masalah yang serius yang memerlukan KEUTAMAAN DAN TINDAKAN SEGERA pihak kerajaan. Sasaran terhadap Ketua Polis Johor, Dato 'Ayob Khan Mydin Pitchay menggunakan setiap individu

Ia bukan gempak atau gertakan acah-acah, namun perlecehan yang menginjak kemampuan, maruah dan wibawa Polis DiRaja Malaysia (PDRM), juga banyak pasukan keselamatan dan penguatkuasaan kita. Bermakna, ia MENCABAR DAN MENGGUGAT KEDAULATAN NEGARA ini sendiri.

Ideologi radikal LTTE bukan lagi rahsia di mana 32 negara dan badan-badan perisikan dunia menstatuskannya sebagai badan pengganas. Malah, pengganas yang telah merentas aktivitinya di banyak negara ini pernah merekodkan pembunuhan ke atas beberapa tokoh penting dunia.

Malaysia tidak memerlukan masa yang diperlukan LTTE berkembang biak dalam negara ini kerana aktiviti dan suspek yang sudahpun berada dalam catatan PDRM. Kerajaan mesti membuktikan bahawa undang-undang adalah kemurnian yang dapat mengekang isu seperti ini.

Ideologi seperti LTTE yang mendapat perhatian dan simpati politik adalah mara yang PALING BERBAHAYA KEPADA SELURUH MANUSIA DAN DUNIA. Apatah lagi jika ideologi ini dapat mencapai kekuatan dan berada di puncak pemerintahan yang pernah menjadi sejarah sebelum ini. 

Cukuplah negara kita pernah mengalami derita berada di bawah pemerintahan Parti Komunis Malaya yang seboleh-bolehnya tidak mahu lagi dikenang.  Kita tidak mahu individu penting seperti DATO 'AYOB yang menjadi benteng rakyat menghadapinya, apatah lagi ke atas seluruh warga negara ini.

Kami juga menggesa siasatan integriti menyeluruh dilakukan ke atas semua anggota pasukan keselamatan dan penguatkuasaan negara dalam mengenal pasti dalang-dalang yang menjadi ejen penjenayah. Pembongkaran isu-isu curang mutakhir ini sangat membimbangkan.

Kerana selain politik yang menjadi 'penjaga' kepada aktiviti aktiviti seumpama, kewujudan anggota pasukan dalam pasukan menjadi menjadi 'api dalam sekam'. Jangan lagi kita berjaya pejuang-pejuang hebat sepertimana terjadi ke atas mendiang Sarjan Baharudin Ramli.

Semua isu ini telah diakui sendiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador dan mengambil tindakan di bawah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard. Sehubungan itu Pemuda PAS menyokong usaha PDRM sepenuhnya untuk semua masalah yang berjaya dibanteras.

"Islam Memperkukuh Perpaduan"

"Memimpin Negara"

IR. TS. HJ. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN

Ketua Pemuda PAS Malaysia

Ketua Pemuda Perikatan Nasional –

HARAKAHDAILY 21/12/2020

https://youtu.be/sG6Xp4PHuxY

 https://youtu.be/urMHG6Bmpss

28/11/2020

#SULTAN BERJIWA RAKYAT: SULTAN JOHOR KURNIA BOT LAJU IMG KEPADA PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH 2 MERSING


Mersing, 27 November 2020 –
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan bot laju IMG kepada Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 Mersing, di sini, pagi tadi.

Titah baginda, pengurniaan bot laju enjin berkapasiti 900 kuasa kuda yang berkelengkapan penuh itu adalah bagi membantu penugasan PPM Wilayah 2 dalam menguatkuasakan undang-undang di kepulauan serta sekitar perairan negeri Johor.

Turut hadir, Pegawai Pemerintah PPM Wilayah 2 Mersing, Inspektor Rosli Mohd Saad dan Sarjan Mejar (SM) Risikan/Operasi PPM Wilayah 2, SM Hasnuddin Hassan.

Bagi pihak seluruh warga Polis Diraja Malaysia menjunjung setinggi-tinggi kasih DYMM Tuanku atas perkenan mengurniakan aset terbaharu tersebut kepada PPM.

Sumber: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

20/11/2020

#SKANDAL FOREX: TUN MAHATHIR NAK SAMAN DS NAJIB


Nak tahu apa jasa PM4/7/7i pada KWSP?

 

Biar saya dedahkan sedikit. Tengok dia berani nafi tak.

 

Pada awal 1980an masa PM4 – terutamanya masa dari 1981 hingga 1987 kadar faedah simpanan tetap yang dibayar bank adalah lebih tinggi daripada kadar dividen KWSP pada masa itu.

 

Bermaksud ianya lebih bermanfaat masa itu untuk simpan wang dalam bank berbanding menabung dalam KWSP.

 

Kenapa begitu?

Semasa dia mula jadi PM, dia telah wujudkan SYARIKAT MAMINCO UNTUK MEMANIPULASIKAN PASARAN TIMAH DUNIA.

 

Malangnya RANCANGAN JAHAT DIA GAGAL DAN MEMAKAN DIRI sehingga telah menjahanamkan buat selama-lamanya seluruh industri timah negara yang merupakan industri utama dan eksport negara utama kita.

 

AKIBATNYA, syarikat Maminco rugi teruk dan terpaksa dibail-out untuk membayar balik pinjaman bernilai RM660 juta (bersamaan dengan nilai sekitar RM10 bilion sekarang memandangkan ianya berlaku 40 tahun dahulu).

 

Apa yang dia buat untuk bail-out Maminco?

 

Dia wujudkan sebuah syarikat yang dinamakan Makuwasa Securities Sdn Bhd.

Rujukan: RKLIK DISINIea



10/10/2020

#TAHNIAH SPRM: [DALANG MACAU SCAM TERBONGKAR] 17 PEGAWAI, ANGGOTA POLIS DISIASAT SPRM

KUALA LUMPUR: Sembilan lagi pegawai kanan polis termasuk beberapa Ketua Polis Daerah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung sindiket perjudian dalam talian dan pengubahan wang haram.

 Dengan perkembangan terbaru itu, sehingga kini seramai 17 pegawai dan anggota pasukan keselamatan itu disiasat SPRM berkaitan kes berkenaan. Sebelum ini 8 pegawai dan anggota polis ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes itu.

Sumber SPRM berkata, 9 pegawai kanan itu dipanggil ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini untuk diambil keterangan dan setakat ini tiada tangkapan dibuat.

“Proses mengumpul keterangan sedang giat dijalankan dan sebanyak 736 akaun dibekukan dengan jumlah penyitaan lebih kurang RM101 juta.


“DUA SUSPEK UTAMA KES INI AKAN DIBAWA KE MAHKAMAH MAJISTRET PUTRAJAYA UNTUK DISAMBUNG REMAN ESOK,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sumber berkata, sebanyak 39 saksi sudah dirakam percakapan manakala 9 daripada 19 individu yang ditahan masih direman.

“Gerakan mengesan saki-baki sindiket ini ditumpukan kepada agensi penguatkuasaan yang disyaki terlibat dan fasa seterusnya ialah memberi fokus kepada individu atau syarikat yang dikenal pasti terlibat dalam pengubahan wang haram.

“Sebagaimana yang ditegaskan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM (Azam Baki) sebelum ini pihak yang terlibat diminta segera tampil ke SPRM bagi membantu siasatan sebelum tindakan tegas diambil terhadap mereka,” kata sumber itu.

Sumber berkata, SPRM MEMBERI MASA SELEWAT-LEWATNYA HINGGA ISNIN INI UNTUK MEREKA MENYERAH DIRI sebelum SPRM mengambil tindakan menahan mereka.

“Individu dan syarikat yang telah dibekukan akaun mereka juga wajar tampil ke SPRM untuk memberi keterangan mereka. Jangan tunggu sehingga tindakan tegas diambil terhadap mereka,” kata sumber itu.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Zamri Yahya sebelum ini berkata, polis sudah memulakan siasatan dalaman melibatkan pelbagai aspek terhadap semua pegawai dan anggota pasukan itu yang ditahan.

Beliau berkata, semua pegawai dan anggota polis yang ditahan itu disyaki salah guna kuasa melindungi sindiket itu serta menerima habuan dalam bentuk wang ringgit dan lain-lain.

Semalam, Bernama melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata pihaknya mengesan ratusan syarikat yang diwujudkan bagi mengaburi pihak berkuasa berhubung sindiket berkenaan.

SPRM turut menyita 23 kenderaan mewah pelbagai jenis antaranya Ford Mustang, Rolls Royce, Bentley, Ferrari dan Porshe serta beberapa motosikal berkuasa besar dimiliki ahli sindiket dipercayai hasil kegiatan haram. – FMT

Rujukan:   KLIK DISINI

04/09/2020

PESARA POLIS JUGA LAYAK MENDAPAT BAYARAN SEKALI


Pesara POLIS yang dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN)
masih menunggu pembayaran sekali RM500 daripada kerajaan. Mereka adalah anggota yang berjuang semasa fasa pertama dan kedua darurat Tanah Melayu.

Veteran tentera yang dianugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) telah menerima pembayaran sekali RM500. Kami juga telah mendengar dari Menteri Pertahanan bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memberikan elaun bulanan sebanyak RM350 ditambah sijil yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong kepada veteran tentera dengan anugerah PJM.

PESARA POLIS MEMINTA KEADILAN DALAM PERKARA INI. Tidakkah sumbangan polis dalam mempertahankan negara kita tercinta tidak bermakna? Terdapat banyak pesara polis yang berjuang untuk memenuhi pencen mereka yang sedikit, oleh itu pembayaran sekali RM500 pasti akan berguna bagi mereka.

Bagi pihak pesara polis ini, saya sangat berharap pemerintah dan Kementerian Dalam Negeri memberikan pertimbangan yang sewajarnya terhadap perkara ini.

Rujukan: KLIK DISINI

29/08/2020

ORANG TUA NYANYOK BERBICARA IKUT NAFSU

 


TANJUNG MALIM - Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas tuduhan bekas Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau menjadi punca peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berhutang akibat penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) Holding Berhad di Bursa Malaysia.

 

Naijb yang juga bekas Perdana Menteri berkata, pada tahun 1996, kerajaan ketika itu membuat keputusan untuk tidak membenarkan dana kerajaan digunakan bagi membiayai Felda.

 

Menurutnya, disebabkan keadaan itu, FGV disenaraikan di Bursa Malaysia untuk mendapatkan dana bagi membiayai pelbagai program untuk peneroka Felda.

 

"Itu tak betul dari segi fakta (Najib punca peneroka berhutang). Pada tahun 1996 kerajaan membuat keputusan tidak membenarkan dana kerajaan digunakan untuk Felda. Jadi Felda tidak ada pembiayaan walhal pokok sudah semakin tua dan terpaksa ditanam semula dalam skala yang besar.

 

"Sebab itu kita terpaksa menyenaraikan FGV untuk mendapatkan dana dan digunakan untuk tanaman semula, digunakan untuk bantuan sara hidup," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kuala Slim di sini hari ini.

 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tuduhan Dr Mahathir dalam satu program ceramah di Felda Gunung Besout semalam bahawa hutang peneroka bertambah ketika zaman pentadbiran Najib sebagai Perdana Menteri.

 

Najib menjelaskan melalui dana FGV tersebut, peneroka menerima pendapatan RM1,500 sebulan dalam tempoh tanaman semula dilaksanakan.

 

Beliau turut menjelaskan dana FGV turut digunakan untuk program kebajikan seperti pembesaran rumah sebanyak RM40,000 untuk satu rumah termasuk pemberian wang tunai RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka.

 

Pada 2012, Felda membuat penyenaraian FGV di Bursa Malaysia yang menjana RM10.5 bilion.

 

Rujukan: KLIK DISINI

11/08/2020

LIM GUAN ENG BUAT LANTIKAN KHAS 30 ORANG CINA DALAM MOF

Makin lama makin banyak CERITA PASAL DAP MULA TERBONGKAR lepas dia orang dah tak ada dalam kerajaan. Baru2 ni pendedahan pasal LIM GUAN ENG masa dia jadi Menteri MOF dulu. Benda pertama yang LIM GUAN ENG buat bila jejak kaki dalam MOF adalah menubuhkan pasukan “PEGAWAI KHAS” seramai 30 orang yang dilantik oleh dia sendiri.

Kesemua 30 orang tu terdiri dari orang CINA berumur antara 20an hingga paling tua 30an dan diketuai oleh SetPol LIM GUAN ENG iaitu TONY PUAKA. Pasukan “Pegawai Khas” ni bukannya buat kerja free  tapi dibayar dengan gaji setaraf dengan Gred Gaji Jusa. Tahu ke berapa gaji Jusa? RM8,000 SAMPAI RM15,000 SEBULAN!

Tujuannya untuk dedahkan kes2 melibatkan orang UMNO, menguruskan segala aset yang diletakkan bawah MOF dan ‘tolong’ LIM GUAN ENG dalam sediakan laporan belanjawan negara yang berat sebelah kepada kaum dia. Tugasan dia orang ni jgk bercanggah dengan kerja pegawai MOF (penjawat awam bukan lantikan politik).

LIM GUAN ENG sanggup sewakan sebuah kondo mewah yang diubahsuai menjadi pejabat untuk team TONY PUAKA ni bekerja dan dirahsiakan untuk elak orang ramai tahu. Nampak betapa dahsyatnya DAP bila dia orang dh pegang kerajaan.

Dia orang tak percaya pegawai2 MOF sendiri yang kebanyakkannya orang Melayu dan buat pelantikan khas dari kaum dia untuk buat kerja2 belakang tabir demi kepentingan dia orang. Segala penjualan aset negara pun sebenarnya dirancang team ni. Banyak aset negara dijual kepada syarikat yang berpengkalan di Singapura.

Jadi tak terkejut la bila banyak aset2 Khazanah dengan Tabung Haji yang berkepentingan dekat orang Melayu kena jual oleh LIM GUAN ENG. Sebab dibelakang dia ada satu ‘team khas’ yang dibayar ratusan ribu ringgit sebulan dengan menggunakan MOF sebagai kapasiti  untuk jalankan agenda DAP dan kerja jahat mereka demi kepentingan kroni dan sahabat terdekat.

Rujukan: 


https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=230139141714113&id=123677742360254

18/07/2020

HINA JAWI: SIKAP NETIZEN CINA ‘CUKUP DAJAL, BUKAN BIADAB LAGI’

BANGI, 20 Zulkaedah 1441H, Ahad – Semua pihak sepatutnya mengalu-alukan keputusan kerajaan menjadikan hari Jumaat sebagai Hari Jawi, kata Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), PROF DATUK DR TEO KOK SEONG.

Beliau menyifatkan langkah itu sebagai tindakan bijak bagi terus memartabatkan tulisan Jawi yang didapati ‘kesepian’ sejak akhir-akhir ini meskipun mendapat BANTAHAN DARI GERAKAN SERTA REAKSI NEGATIF DALAM KALANGAN NETIZEN CINA.
Kok Seong berpandangan, tindak balas masyarakat bukan Melayu terutama orang Cina mengaitkan tulisan Jawi dengan agama Islam sebagai tidak berasas.
“Sementara tindakan GERAKAN pula lebih kepada meraih sokongan. Parti itu dilihat JUARA MEMPERJUANGKAN KEPENTINGAN CINA yang menentang tulisan Jawi ini. Ia lebih kepada tindakan politik yang dilihat sebagai pelindung kepada masyarakat Cina,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Jabatan Perdana Menteri sebelum ini memaklumkan, Kempen Hari Jumaat Hari Jawi dalam usaha mengekalkan dan memperkasakan tradisi serta budaya yang membentuk Malaysia.
Rujukan: KLIK DISINI

16/07/2020

KENYATAAN KONTROVERSI KES ADIB, PEMBELA DESAK HAMID BADOR LETAK JAWATAN

KUALA LUMPUR, 23 Zulkaedah 1441H, Rabu – “ADAKAH KETUA POLIS NEGARA, TAN SRI ABDUL HAMID BADOR MAHU MENGIKUT JEJAK LANGKAH TAN SRI TOMMY THOMAS?

“Adakah dia nak membantu atau merosakkan kes kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim? 

Demikian persoalan Naib Pengerusi Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA), Ustaz Masridzi Sat susulan kenyataan Abdul Hamid baru-baru ini yang dilihat bercanggah dengan keputusan Mahkamah Koroner.

ABDUL HAMID MERUMUSKAN KONONNYA TIADA KETERANGAN YANG DAPAT MENGAITKAN ARWAH MUHAMMAD ADIB DIBUNUH, hanya kerana dua orang pegawai bomba yang bersama Adib pada malam kejadian mengatakan mereka tidak nampak apa yang berlaku.

Walhal, pada 27 September lalu, Koroner Rofiah Mohamad memutuskan punca kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.

Ustaz Masridzi yang kesal dengan keadaan itu berkata, kini dapat dilihat kehebatan institusi undang-undang mahupun institusi keselamatan sedang menuju ke arah korupsi.

“Sebelum ini kita dapat lihat Peguam Negara telah melangkaui keputusan inkues. Kini sama juga dengan KPN sekarang. Adakah KPN nak ikut jejak langkah Peguam Negara?,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Ustaz Masridzi menegaskan, amat mustahil Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memiliki kredibiliti serta kecekapan tinggi tidak dapat menyelesaikan kes ini kerana kes pembunuhan arwah jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya pun mampu diselesaikan.

26/06/2020

"WE ARE READY TO BATTLE ON MONDAY! - TERUSKAN TUNTUT KEBENARAN

'PUAK2 NI MEMANG KENA AJAR CUKUP2.

"WE ARE READY TO BATTLE ON MONDAY!" Bersama peguam saya Logen dan Fazilah nak berhadapan dengan serangan Siti Zainab, Peguamcara Negara 2 yang tengah angin dengan saya pasal lapor SPRM beliau salahgunakuasa untuk dapatkan tanah di Ampang Hilir.

Dia sendiri tak berani buat, pakai pegawai PDRM nak kenakan saya supaya beliau kelihatan bersih. Sedang kita sibuk bincang macamana nak tewaskan GENG LAW OF THE JUNGLE yang hendak tutup mulut saya guna bon jaminan Keamanan RM20,000, Siri Zainab sedang bincang macamana nak cover kesilapan yang beliau dah buat. Peguam Negara, Kawan Baik Gopal Sri Ram yang sudah dikuasai Siti Zainab pula bagi perlindungan maksimum pada Siti Zainab.

Bukan sahaja Siti Zainab tidak digantung kerja, hari ini Siti Zainab diberi mandat untuk rombak AGC besar-besaran dengan meletakkan semua pegawai geng dia di kedudukan penting di AGC untuk memastikan dia akan kekal berkuasa. Lepas mesyuarat SPKP awal bulan Julai, AGC sudah tidak boleh kita harapkan untuk menegakkan undang-undang apabila rombakan tersebut jadi realiti.

Jangan mimpi tindakan akan diambil kepada pemimpin Pakatan Harapan macam Lim Guan Eng, Tony Phua, Syed Saddiq, Tun Mahathir dll. Anak Mat Sabu kena 8 bulan je, buat syarat kononnya takde pilih kasih dalam pendakwaan. Lepas tolak cuti, paling lama 4 bulan je duduk Penjara.
Rancanglah Siti Zainab, tapi kena ingat, pandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah jua. Kamu merancang, Allah merancang, tapi perancangan Allah belum tentu menyelamatkan manusia korup macam kamu.

Rujukan: KLIK DISINI

25/06/2020

PARLIMEN PERLU DIBUBAR SEGERA SEBELUM ORANG GILA MENGAMOK

TERLALU RAMAI PEMIMPIN GILA KUASA DAN GILA TALAK KETIKA INI
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin UNTUK SEGERA MEMBUBARKAN PARLIMEN bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan berikutan ketidaktentuan politik semasa.
Katanya, situasi ketidakstabilan politik yang dihadapi sekarang tidak pernah dihadapi sejak negara merdeka.
"Situasi ini menyukarkan kerajaan untuk meluluskan pelbagai rang undang-undang yang kritikal termasuklah membentangkan belanjawan bagi memulihkan negara daripada kemelesetan ekonomi.
"Segala usaha untuk memulihkan ekonomi negara, mencipta pekerjaan dan melonjakkan persaingan tidak akan berlaku tanpa kerajaan yang stabil dan Parlimen yang boleh berperanan melakukan semak dan imbang.
"Justeru, PEMBUBARAN PARLIMEN INI PERLU DILAKUKAN TANPA BERLENGAH. Negara tidak boleh terus menerus diheret dengan debaran ketidaktentuan serta kemungkinan pertukaran kerajaan selang beberapa bulan.
"Ini bukan sesuatu yang sihat untuk negara," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kemajuan, kemakmuran dan kebolehsaingan negara sangat bergantung kepada kestabilan politik yang akan memberi kesan dan pengaruh kepada banyak perkara termasuklah kemasukan pelabur, aktiviti ekonomi dan ketenteraman sosial.
"Hanya kerajaan yang mempunyai mandat dan majoriti yang selesa di Parlimen dapat berfungsi dengan baik dan menumpukan segala fokus kepada memulihkan negara dari segala cabaran besar yang bersifat 'unprecedented' yang sedang kita hadapi.
"Negara ini adalah sebuah demokrasi berparlimen di mana kuasa sebenar ialah pada rakyat dan bukan pada sesiapa yang lain, apatah lagi blok-blok yang dibentuk sesedap rasa mengikut keselesaan dan kemahuan ahli politik.
"Oleh itu kembalikanlah kuasa kepada rakyat dan biarlah mereka yang menentukan jalan ke hadapan untuk negara kita," katanya
Rujukan: KLIK DISINI

02/06/2020

TOMMY THOMAS TERIMA HABUAN JUTAAN RINGGIT MELALUI LIM GUAN ENG

Mengikut laporan portal berita Free Malaysia Today, Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan telah, pada bulan Mei 2019, meminta Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas, untuk membatalkan arahan pembekuan ke atas 4 akaun bank milik seorang jutawan hartanah dipercayai bernama Tan Sri Lim Soon Peng dan permintaan ini ditunaikan oleh Tan Sri TOMMY THOMAS YANG MENGARAHKAN SPRM MELAKUKANNYA dalam tempoh dua minggu walaupun SPRM memaklumkan kepada Tan Sri Tommy Thomas bahawa wang bernilai RM3.9 juta belum boleh diperolehi.
Laporan portal berita Free Malaysia Today ini telah segera disahkan oleh TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (OPERASI) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya, yang dilaporkan menyebut: “Ahli politik terbabit (LIM GUAN ENG) TELAH MENGGUNAKAN PENGARUH BELIAU UNTUK MEMBOLEHKAN PEGUAM NEGARA KETIKA ITU (TAN SRI TOMMY THOMAS) MENGELUARKAN ARAHAN agar SPRM melepaskan keempat-empat akaun milik taikun berkenaan (Tan Sri Lim Soon Peng)… SPRM akan melihat isu kebocoran butir-butir sulit penyiasatan didedahkan kepada ahli politik untuk kepentingan pihak yang disiasat.”
Dalam reaksi segera beliau, Lim Guan Eng dilaporkan oleh portal berita Malaysia Kini sebagai tidak menafikan laporan portal berita Free Malaysia Today ini. Sebaliknya beliau dilaporkan sebagai berkata “(sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan) kes-kes yang tidak berada di bawah bidang kuasa beliau dirujuk ke pihak berkuasa berkaitan”, “adalah satu kesalahan sekiranya beliau tidak merujuk kes-kes berkenaan ke pihak berkuasa yang berkaitan” dan “beliau percaya Tan Sri Tommy Thomas telah bertindak dengan sewajarnya setelah kes berkenaan dirujuk ke AGC”.
Laporan ini segera mengingatkan saya kepada empat pertuduhan rasuah yang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap kesalahan oleh Hakim Datuk S Augustine Paul pada 14 April 1999, iaitu:
(1) Semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia, memperolehi kenyataan bertulis daripada Azizan Bin Abu Bakar yang dialamatkan kepada YAB Perdana Menteri, bagi menafikan dakwaan liwat untuk faedah diri kamu, iaitu bagi menyelamatkan diri kamu daripada keaiban.
(2) Semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia, memperolehi kenyataan bertulis daripada Azizan Bin Abu Bakar bagi menafikan dakwaan liwat dalam bentuk satu kenyataan umum bertulis, untuk faedah diri kamu di mana kamu telah menggunakannya bagi tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan jenayah.
(3) Semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia, memperolehi kenyataan bertulis daripada Ummi Hafilda Bt Ali yang dialamatkan kepada YAB Perdana Menteri, bagi menafikan salah laku seks dan liwat untuk faedah diri kamu, iaitu bagi menyelamatkan diri kamu daripada keaiban.
(4) Semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia, memperolehi kenyataan bertulis daripada Ummi Hafilda Bt Ali bagi menafikan salah laku seks dan liwat dalam bentuk satu kenyataan umum bertulis, untuk faedah diri kamu di mana kamu telah menggunakannya bagi tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan jenayah.
Cuma yang saya sedikit tertanya-tanya ialah, dalam kes Lim Guan Eng ini, sekiranya pada akhirnya fakta-fakta yang dikemukakan oleh laporan portal berita Free Malaysia Today ini TERBUKTI BENAR, APA AGAKNYA MOTIF YANG ADA PADA LIM GUAN ENG BILA DIA MEMINTA TAN SRI TOMMY THOMAS MEMBATALKAN ARAHAN PEMBEKUAN KE ATAS 4 AKAUN BANK MILIK TAN SRI LIM SOON PENG.
APA AGAKNYA FAEDAH YANG LIM GUAN ENG DAPAT daripadanya, jika ada?
Rujukan: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...