Translate

29/08/2020

ORANG TUA NYANYOK BERBICARA IKUT NAFSU

 


TANJUNG MALIM - Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas tuduhan bekas Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau menjadi punca peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berhutang akibat penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) Holding Berhad di Bursa Malaysia.

 

Naijb yang juga bekas Perdana Menteri berkata, pada tahun 1996, kerajaan ketika itu membuat keputusan untuk tidak membenarkan dana kerajaan digunakan bagi membiayai Felda.

 

Menurutnya, disebabkan keadaan itu, FGV disenaraikan di Bursa Malaysia untuk mendapatkan dana bagi membiayai pelbagai program untuk peneroka Felda.

 

"Itu tak betul dari segi fakta (Najib punca peneroka berhutang). Pada tahun 1996 kerajaan membuat keputusan tidak membenarkan dana kerajaan digunakan untuk Felda. Jadi Felda tidak ada pembiayaan walhal pokok sudah semakin tua dan terpaksa ditanam semula dalam skala yang besar.

 

"Sebab itu kita terpaksa menyenaraikan FGV untuk mendapatkan dana dan digunakan untuk tanaman semula, digunakan untuk bantuan sara hidup," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kuala Slim di sini hari ini.

 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tuduhan Dr Mahathir dalam satu program ceramah di Felda Gunung Besout semalam bahawa hutang peneroka bertambah ketika zaman pentadbiran Najib sebagai Perdana Menteri.

 

Najib menjelaskan melalui dana FGV tersebut, peneroka menerima pendapatan RM1,500 sebulan dalam tempoh tanaman semula dilaksanakan.

 

Beliau turut menjelaskan dana FGV turut digunakan untuk program kebajikan seperti pembesaran rumah sebanyak RM40,000 untuk satu rumah termasuk pemberian wang tunai RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka.

 

Pada 2012, Felda membuat penyenaraian FGV di Bursa Malaysia yang menjana RM10.5 bilion.

 

Rujukan: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...