Sabtu, 28 November 2020

#SULTAN BERJIWA RAKYAT: SULTAN JOHOR KURNIA BOT LAJU IMG KEPADA PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH 2 MERSING


Mersing, 27 November 2020 –
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan bot laju IMG kepada Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 Mersing, di sini, pagi tadi.

Titah baginda, pengurniaan bot laju enjin berkapasiti 900 kuasa kuda yang berkelengkapan penuh itu adalah bagi membantu penugasan PPM Wilayah 2 dalam menguatkuasakan undang-undang di kepulauan serta sekitar perairan negeri Johor.

Turut hadir, Pegawai Pemerintah PPM Wilayah 2 Mersing, Inspektor Rosli Mohd Saad dan Sarjan Mejar (SM) Risikan/Operasi PPM Wilayah 2, SM Hasnuddin Hassan.

Bagi pihak seluruh warga Polis Diraja Malaysia menjunjung setinggi-tinggi kasih DYMM Tuanku atas perkenan mengurniakan aset terbaharu tersebut kepada PPM.

Sumber: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...