KUALA
LUMPUR, 23 Zulkaedah 1441H, Rabu –
“ADAKAH KETUA POLIS NEGARA, TAN
SRI ABDUL HAMID BADOR MAHU MENGIKUT JEJAK LANGKAH TAN SRI TOMMY THOMAS?
“Adakah dia nak membantu atau merosakkan kes
kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim?
Demikian persoalan Naib Pengerusi Pertubuhan Pembela-Pembela Islam
(PEMBELA), Ustaz Masridzi Sat susulan kenyataan Abdul Hamid baru-baru ini yang
dilihat bercanggah dengan keputusan Mahkamah Koroner.
ABDUL HAMID
MERUMUSKAN KONONNYA TIADA KETERANGAN YANG DAPAT MENGAITKAN ARWAH MUHAMMAD ADIB
DIBUNUH, hanya kerana dua orang pegawai bomba yang bersama Adib pada malam
kejadian mengatakan mereka tidak nampak apa yang berlaku.
Walhal, pada 27 September lalu, Koroner Rofiah Mohamad memutuskan
punca kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau
lebih individu yang tidak dikenali.
Ustaz Masridzi yang kesal dengan keadaan itu berkata, kini dapat
dilihat kehebatan institusi undang-undang mahupun institusi keselamatan sedang
menuju ke arah korupsi.
“Sebelum ini kita dapat lihat
Peguam Negara telah melangkaui keputusan inkues. Kini sama juga dengan KPN
sekarang. Adakah KPN nak ikut jejak langkah Peguam Negara?,” katanya dalam satu
sidang media di sini, hari ini.
Ustaz Masridzi menegaskan, amat mustahil Polis Diraja Malaysia
(PDRM) yang memiliki kredibiliti serta kecekapan tinggi tidak dapat
menyelesaikan kes ini kerana kes pembunuhan arwah jutawan kosmetik, Datuk
Sosilawati Lawiya pun mampu diselesaikan.
Rujukan: KLIK DISINI dan terus membaca