Translate

Memaparkan catatan dengan label Kes Adib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kes Adib. Papar semua catatan

16/07/2020

KENYATAAN KONTROVERSI KES ADIB, PEMBELA DESAK HAMID BADOR LETAK JAWATAN

KUALA LUMPUR, 23 Zulkaedah 1441H, Rabu – “ADAKAH KETUA POLIS NEGARA, TAN SRI ABDUL HAMID BADOR MAHU MENGIKUT JEJAK LANGKAH TAN SRI TOMMY THOMAS?

“Adakah dia nak membantu atau merosakkan kes kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim? 

Demikian persoalan Naib Pengerusi Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA), Ustaz Masridzi Sat susulan kenyataan Abdul Hamid baru-baru ini yang dilihat bercanggah dengan keputusan Mahkamah Koroner.

ABDUL HAMID MERUMUSKAN KONONNYA TIADA KETERANGAN YANG DAPAT MENGAITKAN ARWAH MUHAMMAD ADIB DIBUNUH, hanya kerana dua orang pegawai bomba yang bersama Adib pada malam kejadian mengatakan mereka tidak nampak apa yang berlaku.

Walhal, pada 27 September lalu, Koroner Rofiah Mohamad memutuskan punca kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.

Ustaz Masridzi yang kesal dengan keadaan itu berkata, kini dapat dilihat kehebatan institusi undang-undang mahupun institusi keselamatan sedang menuju ke arah korupsi.

“Sebelum ini kita dapat lihat Peguam Negara telah melangkaui keputusan inkues. Kini sama juga dengan KPN sekarang. Adakah KPN nak ikut jejak langkah Peguam Negara?,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Ustaz Masridzi menegaskan, amat mustahil Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memiliki kredibiliti serta kecekapan tinggi tidak dapat menyelesaikan kes ini kerana kes pembunuhan arwah jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya pun mampu diselesaikan.

29/05/2019

THOMAS PERLU LETAK JAWATAN SEGERA JIKA TIDAK ????

KUALA LUMPUR – Kira-kira 1,900 TANDATANGAN telah dipungut menerusi petisyen yang MENDESAK Peguam Negara, TOMMY THOMAS MELETAK JAWATAN SESEGERA mungkin.
Petisyen dianjurkan Gerakan Pembela Ummah (Ummah) itu mula dibuka kepada orang ramai hari ini menerusi http://chng.it/MXfDLwbz atau bit.ly/TommyThomasUndur.
Menurut jurucakap Ummah, orang ramai tidak bersetuju dengan keputusan Tommy mengadakan inkues berhubung kematian seorang anggota Bomba dan Penyelamat, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dalam rusuhan di Kuil Maha Mariamman di Subang Jaya akhir tahun lalu.
Katanya, walaupun polis telah menjalankan siasatan dan mengklasifikasikannya sebagai kes bunuh, namun Peguam Negara menolaknya dan meminta inkues dijalankan.
“Ramai pihak tidak setuju, tetapi entah kenapa pejabat Peguam Negara tetap meneruskannya.
“Kini sekali lagi rakyat keliru apabila pejabat Peguam Negara mengeluarkan afidavit yang mengatakan Muhammad Adib tidak dipukul walaupun proses inkues masih berjalan.
“Ketika mahkamah masih menjalankan siasatan dengan memanggil pelbagai saksi sehingga HARI YANG KE 50, Peguam Negara sudah membuat satu kesimpulan,” katanya menerusi kenyataan petisyen hari ini.
Menurut jurucakap itu, keputusan berkenaan sudah pasti mengejutkan ramai pihak baik pengamal undang-undang mahupun rakyat marhaen sehingga menimbulkan pelbagai persoalan.
Antaranya, ujar beliau, kenapa Peguam Negara terlalu cepat membuat rumusan dan apa bukti mereka ada sehingga berani membuat keputusan demikian.
“Sedangkan BANYAK BUKTI MENUNJUKAN SEBALIKNYA DAN ADAKAH ADA CAMPUR TANGAN PIHAK LUAR untuk Peguam Negara membuat keputusan?
“Kalau kita imbas kembali mengenai kes ini, sebelum inkues dijalankan terdapat beberapa saksi yang menyatakan Muhammad Adib telah dipukul.
“Antaranya, siasatan POLIS YANG TELAH MENGKLASIFIKASIKAN SEBAGAI KES PEMBUNUHAN, malah suspek telah dikenalpasti. Namun, MEREKA DIBEBASKAN ATAS JAMINAN POLIS.
“Keterangan dari anggota Bomba dan Penyelamat yang menyaksikan sekumpulan orang sedang memukul Muhammad Adib,” ujarnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...