KUALA LUMPUR – Kira-kira 1,900 TANDATANGAN telah dipungut menerusi petisyen yang MENDESAK Peguam Negara, TOMMY THOMAS MELETAK JAWATAN SESEGERA mungkin.
Petisyen dianjurkan Gerakan Pembela
Ummah (Ummah) itu mula dibuka kepada orang ramai hari ini menerusi http://chng.it/MXfDLwbz atau
bit.ly/TommyThomasUndur.
Menurut jurucakap Ummah, orang ramai tidak bersetuju dengan keputusan Tommy
mengadakan inkues berhubung kematian seorang anggota Bomba dan Penyelamat,
Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dalam rusuhan di Kuil Maha Mariamman di
Subang Jaya akhir tahun lalu.
Katanya, walaupun polis telah
menjalankan siasatan dan mengklasifikasikannya sebagai kes bunuh, namun Peguam
Negara menolaknya dan meminta inkues dijalankan.
“Ramai pihak tidak setuju, tetapi entah
kenapa pejabat Peguam Negara tetap meneruskannya.
“Kini
sekali lagi rakyat keliru apabila pejabat Peguam Negara mengeluarkan afidavit
yang mengatakan Muhammad Adib tidak dipukul walaupun proses inkues masih
berjalan.
“Ketika mahkamah masih menjalankan
siasatan dengan memanggil pelbagai saksi sehingga HARI YANG KE 50, Peguam Negara sudah membuat satu kesimpulan,”
katanya menerusi kenyataan petisyen hari ini.
Menurut jurucakap itu, keputusan
berkenaan sudah pasti mengejutkan ramai pihak baik pengamal undang-undang
mahupun rakyat marhaen sehingga menimbulkan pelbagai persoalan.
Antaranya, ujar beliau, kenapa Peguam
Negara terlalu cepat membuat rumusan dan apa bukti mereka ada sehingga berani
membuat keputusan demikian.
“Sedangkan BANYAK BUKTI
MENUNJUKAN SEBALIKNYA DAN ADAKAH ADA CAMPUR TANGAN PIHAK LUAR untuk
Peguam Negara membuat keputusan?
“Kalau kita imbas kembali mengenai kes
ini, sebelum inkues dijalankan terdapat beberapa saksi yang menyatakan Muhammad
Adib telah dipukul.
“Antaranya, siasatan POLIS YANG TELAH MENGKLASIFIKASIKAN SEBAGAI
KES PEMBUNUHAN,
malah suspek telah dikenalpasti. Namun, MEREKA DIBEBASKAN ATAS JAMINAN POLIS.
“Keterangan dari anggota Bomba dan
Penyelamat yang menyaksikan sekumpulan orang sedang memukul Muhammad Adib,”
ujarnya.
Rujukan: KLIK DISINI DAN BACA