SULTAN JOHOR DUKACITA dengan tindakan Ahli Parlimen
Johor Bahru yang menjemput dan menyertai MAJLIS IFTAR MUHIBBAH DI GURDWARA
SAHIB baru-baru ini.
AKMAL NASRULLAH MOHD NASIR didakwa tidak pernah merujuk
pun kepada Majlis Agama Islam Johor dalam
perkara itu.
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
berkata, walaupun majlis tersebut menerima bantahan masyarakat, ia tidak dapat
lari daripada fakta bahawa waktu dan keadaan majlis itu diberi nama MAJLIS IBADAH BERBUKA PUASA.
Baginda bertitah, sungguhpun
mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, AKMAL TETAP INGKAR dan meneruskan majlis berkenaan
atas dasar toleransi dan perpaduan antara agama.
“Walhal sebagai pemimpin,
seharusnya beliau sedar, tahu dan faham untuk membezakan antara tindakan
politik dan agama.
“Ini menunjukkan KETIDAKMATANGANNYA SEBAGAI
SEORANG PEMIMPIN DAN AHLI POLITIK,” titah baginda yang mengulas
tindakan Akmal menganjurkan majlis berbuka puasa di sebuah Gurdwara, di Johor
Bahru pada 28 Mei lalu.
Dalam satu kenyataan panjang,
Sultan Johor bertitah, baginda sudah berulang kali melarang keras dan tidak
membenarkan apa-apa aktiviti politik yang dijalankan MENGGUNAKAN AGAMA ISLAM SEBAGAI
MODAL POLITIK.
Tegas baginda, kesucian agama Islam
tidak seharusnya dicemari dengan aktiviti-aktiviti ahli politik tanpa
memikirkan implikasi dan kesan buruk secara keseluruhan terhadap agama Islam
dan umat Islam.
“Ahli-ahli politik di negeri ini
datang dan pergi tetapi kesan perbuatan negatif ini telah mengakibatkan luka
yang dalam serta berpanjangan terhadap Bangsa Johor yang sukar diubati.
“Sedia dimaklumi bahawa penganut
agama lain tidak boleh menyebarkan pegangan mereka kepada umat Islam.
“Namun apabila seorang Muslim
secara sengaja menghadirkan diri ke kuil atas alasan untuk berbuka puasa dengan
bukan Islam maka tindakan ini membuka ruang kepada golongan bukan Islam untuk
mendakyahkan agama mereka kepada orang Islam,” tambah baginda lagi.
Perbuatan ini
menjadi lebih serius implikasinya apabila pemimpin politik beragama Islam
menghadirkan diri di kuil dan menggunakan platform Majlis Ibadah Berbuka Puasa di
bawah bumbung Gurdwara Sikh, yang sekali gus akan menjadikan perbuatan pemimpin
satu teladan dan ikutan.
Bersambung: KLIK DISINI