Sebelum menang janji semua BADAN GLC BEBAS LANTIKAN POLITIK. Bila menang ketua
penguatkuasa SPRM pun lantikan politik.
“LATEEFAH
KOYA DILANTIK KP SPRM YANG BAHARU”
APA
MACAM SHUKRI ABDUL?
KAMU BUAT PERJANJIAN DENGAN
SYAITAN itulah kamu dapat.
Sekarang berani tak Shukri dedahkan
punca beliau meletak jawatan? SIAPA
YANG HALANG BELIAU JALANKAN TUGAS?
TAKKAN
SALAH NAJIB RAZAK LAGI?
Berikut adalah kenyataan penuh presidennya, Jais Abdul Karim.
1.
Pelantikan Latheefa sebagai Ketua Pengarah SPRM yang baharu berkuat kuasa 1 Jun
lalu, AMAT MENGEJUTKAN.
2. Mengikut Akta SPRM 2009, Ketua Pengarah SPRM yang dilantik
mestilah TERDIRI DARIPADA PENJAWAT AWAM.
3. Malah,
pelantikan ke jawatan itu mestilah dalam kalangan penjawat awam yang
profesional, berwibawa, berpengalaman dan bersesuaian selain berintegriti
tinggi serta BEBAS DARIPADA SEBARANG PENGLIBATAN POLITIK.
4. ADAKAH LATHEEFA
TERMASUK DALAM KATEGORI MENGIKUT AKTA DAN SISTEM INI?
5. Komitmen
dan janji Pakatan Harapan untuk tidak melantik ahli politik memegang sebarang
jawatan dalam badan berkanun adalah amat disanjung.
6. Malah,
kerajaan sentiasa memegang kepada prinsip tidak mencampuri sistem pentadbiran
awam.
7. Justeru, KENAPA
KINI MELANTIK AHLI POLITIK YANG AKTIF DALAM PERKHIDMATAN AWAM? KENAPA JANJI INI
DIMUNGKIRI?
8. Terdapat
ramai pegawai kanan SPRM yang lebih dari layak untuk memegang jawatan tersebut.
9. Pelantikan
jawatan sepenting itu dalam kalangan pegawai kanan SPRM atau setidak-tidaknya
dalam kalangan hakim mahkamah persekutuan yang berwibawa adalah lebih praktikal.
10. Ia demi
memastikan SPRM sentiasa bebas dan profesional serta dipamerkan BEBAS DARIPADA SEBARANG PENGARUH LUAR TERUTAMANYA PARTI POLITIK.
11. Latheefa
dilihat boleh membantu SPRM tetapi bukan sebagai Ketua Pesuruhjaya tetapi
sebagai pengerusi salah satu jawatankuasa yang sedia ada.
12. Ini
khususnya melibatkan keanggotaan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah atau
Jawatankuasa Aduan sebagai badan kawal selia integriti ke atas SPRM.
13. MASIH
LAGI BELUM TERLEWAT UNTUK KERAJAAN MEMBUAT PERUBAHAN.
14. Dunia
kini melihat Malaysia sebagai model memerangi rasuah kepada sebuah negara yang
berwawasan membersihkan negara daripada ancaman gejala itu.
15. Namun,
perkara seperti itu boleh menyebabkan IMEJ NEGARA DI
MATA DUNIA MAKIN TERGUGAT.
16. MCW
khuatir kedudukan negara dalam pelbagai indeks akan merosot kerana
ketidakpatuhan kepada pelbagai konvensyen antarabangsa terutamanya UNCAC. -
UTUSAN ONLINE