Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad
mengesahkan bahawa BELIAU
SENDIRI YANG MEMILIH LATHEEFA KOYA untuk
dilantik sebagai ketua pesuruhjaya SPRM.
Pengerusi PH itu juga berkata bahawa KEPUTUSAN ITU DIBUATNYA
TANPA BERBINCANG DENGAN KABINET.
“SAYA TIDAK
BINCANG DENGAN KABINET.
“Biasanya SAYA BUAT KEPUTUSAN SENDIRI sebab saya tak perlu minta kebenaran
kabinet siapa yang harus saya luluskan,” katanya kepada pemberita di rumah terbuka
Aidilfitri di Seri Perdana, Putrajaya hari ini.
Tambah Dr Mahathir, beliau memilih
Latheefa kerana perwatakan peguam itu.
“Sebab dia sangat tegas, dia kata apa
yang betul.
“Dia tak berlapik, kita perlukan
perwatakan yang tegas,” katanya.
Latheefa dilihat seorang yang lantang
mengkritik baik BN mahupun PH. Dia juga sering mengetengahkan kes kematian
dalam tahanan dan kanak-kanak tanpa kerakyatan.
Meskipun ramai pemimpin NGO memuji
pelantikannya, sesetengah pihak mempersoalkan latar belakang Latheefa sebagai
bekas ahli PKR yang pernah memegang pelbagai jawatan parti.
Antara jawatan yang pernah dipegang
Latheefa dalam PKR adalah sebagai ketua biro perundangan.
Bersambung: KLIK DISINI