Translate

Memaparkan catatan dengan label KP SPRM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KP SPRM. Papar semua catatan

10/06/2019

AP PKR SEBULAT SUARA DESAK LATHEEFA KOYA LETAK JAWATAN

KUALA LUMPUR - Setakat pukul 2.30 petang hari ini, seramai 5,686 individu telah menandatangani petisyen dalam talian yang MENDESAK SUPAYA PEGUAM, LATHEEFA KOYA MELETAKKAN JAWATAN sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Petisyen melalui laman web www.change.org itu malah ditandatangani beberapa ahli dan PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN (PH) YANG TIDAK BERPUAS HATI terhadap kaedah bagaimana Latheefa dipilih untuk mengetuai agensi membanteras rasuah tersebut.
Selepas Ahli Parlimen Wangsa Maju daripada PKR, Datin Dr. Tan Yee Kew yang mempromosikan petisyen tersebut dalam akaun media sosialnya, tindakan sama dilakukan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat Pusat PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurut Nik Nazmi dalam laman Twitter beliau malam tadi, PH telah memberikan komitmen supaya pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM disahkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC).
"Mari kita sama-sama tandatangan petisyen ini agar komitmen ini dipenuhi. Isu ini lebih besar daripada Latheefa Koya, tetapi tekad reformasi yang kita janjikan," katanya dalam akaun media sosial tersebut.
Pelantikan Latheefa yang juga bekas ahli PKR sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada Selasa lalu mengejutkan ramai pihak kerana merupakan satu lagi keputusan kerajaan PH yang dilihat TIDAK MENGIKUT SEMANGAT JANJI-JANJI PILIHAN RAYA UMUM KE-14 (PRU-14) parti berkenaan.
Tindakan itu juga BERTENTANGAN DENGAN USAHA KERAJAAN PH untuk memperkasakan SPRM melalui mekanisme pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang lebih telus iaitu hendaklah atas pertimbangan PSC, dan prestasi penyandang Ketua Pesuruhjaya turut dinilai oleh pihak berkepentingan luar.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagaimanapun semalam menegaskan keputusan melantik Latheefa itu adalah muktamad. - UTUSAN ONLINE

05/06/2019

PERLETAKAN JAWATAN KP SPRM TERBONGKAR

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa BELIAU SENDIRI YANG MEMILIH LATHEEFA KOYA untuk dilantik sebagai ketua pesuruhjaya SPRM.
Pengerusi PH itu juga berkata bahawa KEPUTUSAN ITU DIBUATNYA TANPA BERBINCANG DENGAN KABINET.
“SAYA TIDAK BINCANG DENGAN KABINET.
“Biasanya SAYA BUAT KEPUTUSAN SENDIRI sebab saya tak perlu minta kebenaran kabinet siapa yang harus saya luluskan,” katanya kepada pemberita di rumah terbuka Aidilfitri di Seri Perdana, Putrajaya hari ini.
Tambah Dr Mahathir, beliau memilih Latheefa kerana perwatakan peguam itu.
“Sebab dia sangat tegas, dia kata apa yang betul.
“Dia tak berlapik, kita perlukan perwatakan yang tegas,” katanya.
Latheefa dilihat seorang yang lantang mengkritik baik BN mahupun PH. Dia juga sering mengetengahkan kes kematian dalam tahanan dan kanak-kanak tanpa kerakyatan.
Meskipun ramai pemimpin NGO memuji pelantikannya, sesetengah pihak mempersoalkan latar belakang Latheefa sebagai bekas ahli PKR yang pernah memegang pelbagai jawatan parti.
Antara jawatan yang pernah dipegang Latheefa dalam PKR adalah sebagai ketua biro perundangan.
Bersambung: KLIK DISINI

27/05/2018

KP SPRM DATUK SERI MOHD SHUKRI ABDULL DINASIHAT LETAK JAWATAN

SHAH ALAM - KETUA PESURUHJAYA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull DIGESA MENGUNDURKAN DIRI daripada mengetuai agensi itu dalam menyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Saranan itu dibuat Presiden Sukarelawan Malaysia Isham Jalil, rentetan tindakan Mohd Shukri yang dilihat prejudis terhadap pelaku dalam kes berkenaan.

"Saya desak agar Datuk Seri Mohd Shukri ini supaya undurkan diri daripada menyiasat kes 1MDB ini.

"Sekiranya beliau mempunyai etika dan profesional dalam kerjanya beliau sepatutnya undurkan diri sebab beliau ada sentimen peribadi dan tidak profesional," katanya dalam Program FB Live Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi merujuk tindakan Mohd Syukri sebelum ini yang dilihat BERSIKAP PREJUDIS terhadap pelaku dalam kes 1MDB Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam sidang media pertamanya, Mohd Shukri mendedahkan beberapa rahsia besar terkait 1MDB antaranya terpaksa menyembunyikan diri di Washington, Amerika Syarikat (AS) selepas menerima ancaman bunuh oleh pihak tertentu.

Mohd Shukri turut mendakwa beliau dan bekas ketuanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, berjumpa dengan beberapa menteri Kabinet sebelum ini bagi meyakinkan mereka untuk mengambil tindakan terhadap Najib.

Rentetan itu, Pengerusi Jawatankuasa Siasatan 1MDB Tan Sri Abu Talib Osman menasihatkan Mohd Shukri , supaya 'berdiam' dan menumpukan siasatan dalam kes 1MDB.

Katanya, ia bagi memastikan siasatan terhadap dakwaan penyelewengan dalam 1MDB tidak terganggu kerana dibimbangi akan menimbulkan prejudis jika Mohd Shukri terus mengeluarkan kenyataan mengenainya.

Mengulas lanjut berkenaan perkara itu, Isham yang juga merupakan Fellow overseer menjelaskan desakan itu juga berdasarkan isu perlantikan MOHD SHUKRI YANG DIKATAKAN TIDAK DILANTIK MENGIKUT PERUNTUKAN SEBENAR.

"Beliau juga tidak dilantik menerusi Parlimen," katanya lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...