Translate

Memaparkan catatan dengan label #1MDB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #1MDB. Papar semua catatan

03/07/2018

#1MDB: SIASATAN SPRM TAK IKHLAS DAN ADA NIAT JAHAT

AMARAN BOS SPRM: PULANGKAN WANG 1MDB ATAU KENA TINDAKAN.

PETALING JAYA, 3 Julai — Pemilik akaun yang menerima dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diminta menyerahkan wang kerajaan itu secara sukarela atau berdepan tindakan undang-undang.

Amaran itu diberikan ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull hari ini, lapor Malaysiakini.

“SEBARANG AKAUN YANG KITA SYAKI AKAN KITA BEKUKAN. Kita punyai bukti lengkap, bahawa wang yang masuk adalah dari wang 1MDB,” katanya, yang menganggotai pasukan khas siasat skandal itu, di sini.

“TIDAK PERLU BERI NOTIS. TUGAS PASUKAN PETUGAS [SIASAT] 1MDB, BILA KITA DAPATI DUIT DARI 1MDB, KALAU KITA BERI NOTIS, DUIT ITU AKAN DIBAWA LARI, mana elemen kejutan.”

Pasukan itu mendedahkan 408 akaun bank milik individu, parti politik dan badan bukan kerajaan, berjumlah RM1.1 bilion, dibekukan hujung bulan lalu.

Sumber: KLIK DISINI

27/05/2018

KP SPRM DATUK SERI MOHD SHUKRI ABDULL DINASIHAT LETAK JAWATAN

SHAH ALAM - KETUA PESURUHJAYA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull DIGESA MENGUNDURKAN DIRI daripada mengetuai agensi itu dalam menyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Saranan itu dibuat Presiden Sukarelawan Malaysia Isham Jalil, rentetan tindakan Mohd Shukri yang dilihat prejudis terhadap pelaku dalam kes berkenaan.

"Saya desak agar Datuk Seri Mohd Shukri ini supaya undurkan diri daripada menyiasat kes 1MDB ini.

"Sekiranya beliau mempunyai etika dan profesional dalam kerjanya beliau sepatutnya undurkan diri sebab beliau ada sentimen peribadi dan tidak profesional," katanya dalam Program FB Live Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi merujuk tindakan Mohd Syukri sebelum ini yang dilihat BERSIKAP PREJUDIS terhadap pelaku dalam kes 1MDB Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam sidang media pertamanya, Mohd Shukri mendedahkan beberapa rahsia besar terkait 1MDB antaranya terpaksa menyembunyikan diri di Washington, Amerika Syarikat (AS) selepas menerima ancaman bunuh oleh pihak tertentu.

Mohd Shukri turut mendakwa beliau dan bekas ketuanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, berjumpa dengan beberapa menteri Kabinet sebelum ini bagi meyakinkan mereka untuk mengambil tindakan terhadap Najib.

Rentetan itu, Pengerusi Jawatankuasa Siasatan 1MDB Tan Sri Abu Talib Osman menasihatkan Mohd Shukri , supaya 'berdiam' dan menumpukan siasatan dalam kes 1MDB.

Katanya, ia bagi memastikan siasatan terhadap dakwaan penyelewengan dalam 1MDB tidak terganggu kerana dibimbangi akan menimbulkan prejudis jika Mohd Shukri terus mengeluarkan kenyataan mengenainya.

Mengulas lanjut berkenaan perkara itu, Isham yang juga merupakan Fellow overseer menjelaskan desakan itu juga berdasarkan isu perlantikan MOHD SHUKRI YANG DIKATAKAN TIDAK DILANTIK MENGIKUT PERUNTUKAN SEBENAR.

"Beliau juga tidak dilantik menerusi Parlimen," katanya lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...