KUALA
LUMPUR - KEPUTUSAN
PERDANA MENTERI, Tun
Dr. Mahathir Mohamad yang secara BERSENDIRIAN memilih peguam Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) patut dibimbangi.
Memetik
portal Malaysiakini, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh berkata,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong tidak dapat menjawab
persoalan pokok ketika ditanyakan perkara itu dengan mengatakan pelantikan
tersebut dibuat dengan berlandaskan undang-undang.
Tambahnya, Ini kerana isunya berkait janji Pakatan Harapan (PH) MENGEKANG KUASA BUDI BICARA
PERDANA MENTERI YANG LUAS.
Menurutnya,
janji manifesto pilihan raya PH adalah memastikan semak dan imbang
serta ketelusan dalam perlantikan sebegini dengan menubuhkan jawatan kuasa khas
Parlimen mengenai pelantikan jawatan utama perkhidmatan awam.
"Tujuan jawatan kuasa
sedemikian menjadi sia-sia
sekiranya pelantikan itu dibuat secara sepihak, malahan tanpa berunding dengan
kabinet," katanya dalam suatu kenyataan dalam portal tersebut hari ini.
Ramkarpal
menambah, personaliti merupakan aspek utama dalam pelantikan pegawai tertinggi
kerajaan tetapi cara mereka dilantik juga mestilah sama mustahaknya, atau lebih
penting lagi untuk mendapatkan keyakinan orang ramai.
"KEUPAYAAN UNTUK MELANTIK SECARA
SEPIHAK JUGA MENANDAKAN KEUPAYAAN UNTUK MEMECAT SECARA SEPIHAK JUGA, maka sebab itulah perundingan sewajarnya dengan semua pihak,
khususnya Kabinet,menjadi cukup penting untuk mengelakkan tanggapan yang tidak
perlu dan mungkin timbul akibat perlantikan atau pemecatan sepihak itu.
"Dengan
segala hormatnya, PELANTIKAN
SECARA SEPIHAK SEPERTI INI BUKAN SEBAHAGIAN DARIPADA DEMOKRASI YANG SIHAT dan TIDAK
SEPATUTNYA BERLAKU,
tanpa mengira kualiti atau sebaliknya yang dilantik," katanya. - UTUSANONLINE