PERDANA MENTERI hari ini memberitahu beliau TIDAK MENGETAHUI status terkini bantuan khas sempena Hari Raya Aidilfitri kepada
112,635 peneroka Felda di seluruh negara.
Dr Mahathir Mohamad ketika ditemui di
sini selepas mesyuarat Majlis Kewangan Negara berkata, pihaknya tidak
membincangkan perkara itu dalam mesyuarat berkenaan.
Namun kata beliau, terdapat banyak
perbincangan pada pertemuan yang lain untuk mencari jalan bagi membantu
kewangan dan kelangsungan Felda.
Berhubung “ELAUN KHAS” Hari
Raya itu, Dr Mahathir berkata, perkara itu BOLEH DIRUJUK KEPADA MENTERI HAL EHWAL EKONOMI, MOHAMED
AZMIN ALI.
“Pegawai kerajaan kita bagilah. Tapi saya tak tahulah mereka
ini (peneroka) pegawai atau tidak.
“YANG ITU PERGI TANYA AZMIN,” katanya dalam satu sidang media di bangunan
Kementerian Kewangan
Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri,
Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Rabu lalu, Azmin berkata kerajaan tidak
membuat apa-apa keputusan berhubung pemberian “duit raya” kepada peneroka Felda
susulan keadaan kewangan negara yang dibebani pelbagai hutang.
Sebaliknya, kata Azmin, keutamaan
kerajaan kini ialah untuk memastikan pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil
dibayar kepada peneroka sebelum Aidilfitri.
Beliau menjelaskan, KERAJAAN TIDAK BERUPAYA MEMBUAT SEBARANG
JANJI
dalam mengumumkan bantuan khas itu seperti diamalkan sejak 2011 bagi memastikan
setiap perbelanjaan kerajaan menepati matlamat jangka panjang dan lestari.
KERAJAAN KOCEK SENDIRI. KETERANGAN LANJUT KLIK DISINI