TERLALU RAMAI PEMIMPIN GILA KUASA
DAN GILA TALAK KETIKA INI
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden
UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin UNTUK SEGERA MEMBUBARKAN PARLIMEN bagi
membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan berikutan ketidaktentuan politik
semasa.
Katanya, situasi ketidakstabilan
politik yang dihadapi sekarang tidak pernah dihadapi sejak negara merdeka.
"Situasi ini menyukarkan
kerajaan untuk meluluskan pelbagai rang undang-undang yang kritikal termasuklah
membentangkan belanjawan bagi memulihkan negara daripada kemelesetan ekonomi.
"Segala usaha untuk
memulihkan ekonomi negara, mencipta pekerjaan dan melonjakkan persaingan tidak
akan berlaku tanpa kerajaan yang stabil dan Parlimen yang boleh berperanan
melakukan semak dan imbang.
"Justeru, PEMBUBARAN PARLIMEN INI PERLU DILAKUKAN TANPA BERLENGAH. Negara
tidak boleh terus menerus diheret dengan debaran ketidaktentuan serta
kemungkinan pertukaran kerajaan selang beberapa bulan.
"Ini bukan sesuatu yang
sihat untuk negara," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kemajuan, kemakmuran dan
kebolehsaingan negara sangat bergantung kepada kestabilan politik yang akan
memberi kesan dan pengaruh kepada banyak perkara termasuklah kemasukan pelabur,
aktiviti ekonomi dan ketenteraman sosial.
"Hanya kerajaan yang mempunyai
mandat dan majoriti yang selesa di Parlimen dapat berfungsi dengan baik dan
menumpukan segala fokus kepada memulihkan negara dari segala cabaran besar yang
bersifat 'unprecedented' yang sedang kita hadapi.
"Negara ini adalah sebuah
demokrasi berparlimen di mana kuasa sebenar ialah pada rakyat dan bukan pada
sesiapa yang lain, apatah lagi blok-blok yang dibentuk sesedap rasa mengikut
keselesaan dan kemahuan ahli politik.
"Oleh itu kembalikanlah
kuasa kepada rakyat dan biarlah mereka yang menentukan jalan ke hadapan untuk
negara kita," katanya
Rujukan: KLIK DISINI