Translate

30/04/2019

MAHATHIR YANG PEKAK ATAU MUFTI PERLIS YANG PEKAK ???

KUALA LUMPUR 30 April - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin hari ini MEMBALAS KENYATAAN PERDANA MENTERI TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD yang MENUDUH BELIAU SEBAGAI 'PEKAK' kerana mendakwa kerajaan Pakatan Harapan tidak mempertahankan Islam.
Mohd. Asri berkata, BELIAU TIDAK PASTI SIAPA YANG PEKAK kerana apa yang beliau katakan adalah realiti yang disuarakan oleh setiap lapisan masyarakat Islam di negara ini.
"Banyak berita pagi ini pasal kenyataan YAB Tun M: "MUFTI PERLIS PEKAK" sebab kritikan saya yang suara mempertahankan Islam kurang kedengaran dalam kalangan pimpinan kerajaan hari ini. Umat Islam rasa kurang selamat.
"Namun, sesiapa yang mampu mendengar keresahan rakyat, itulah realiti yang disuarakan oleh setiap lapisan masyarakat Islam di negara ini. Saya tidak pasti siapa yang pekak," tulis Mohd. Asri dalam Facebook beliau.
Semalam, Dr, Mahathir menyifatkan Mohd Asri  sebagai ‘pekak’ kerana mendakwa KERAJAAN PAKATAN HARAPAN (PH) TIDAK MEMPERTAHANKAN ISLAM.
Perdana Menteri berkata, jika Mohd Asri boleh mendengar, sudah tentu beliau tahu pelbagai usaha dilakukan kerajaan PH dalam menjaga Islam di negara ini.
Kenyataan Dr. Mahathir itu susulan Mohd Asri sebelum ini mendakwa suara mempertahankan Islam sukar kedengaran dalam kalangan pemimpin pentadbiran hari ini.
Mohd Asri berkata, pelbagai kenyataan dibuat oleh individu dalam KERAJAAN YANG DIANGGAP MENGHINA ORANG ISLAM.
Pihak yang menimbulkan ketegangan itu hanya dipanggil untuk memberi keterangan, manakala individu yang berkongsi pengalaman peribadi menukar agama dan memilih agama Islam ditangkap.
"Mungkin YAB Tun M terguris disebabkan hubungan baik saya dengan Tun M selama ini. Saya faham keadaan itu.
"Beberapa tahun yang lalu Tun M ada menulis cacatan ini kepada saya. Antara yang ditulis: "JANGAN KETEPIKAN KEBENARAN KERANA TAKUT. PERJUANGAN YANG BEBAS DARI CABARAN DAN TENTANGAN BUKANLAH PERJUANGAN YANG SEBENARNYA," tulis Mohd Asri sambil berkongsi catatan yang ditulis Dr. Mahathir tersebut.

Sumber Rujukan: KLIK DISINI

29/04/2019

MAHATHIR KEDUA TERKAYA DIDUNIA SELEPAS PRESIDEN MESIR

Perkara yang paling aneh berlaku sehari yang lalu apabila NAMA BEKAS PERDANA MENTERI MALAYSIA, MAHATHIR MOHAMAD TELAH DENGAN MISTERINYA DIPADAM DARI SENARAI WIKIPEDIA yang memberi maklumat tentang harta yang dimiliki oleh pemimpin semasa dan bersara di negara-negara serata dunia.

Dengan menyebut 53 rujukan, Wikipedia telah menyenaraikan
MAHATHIR SEBAGAI BEKAS PEMIMPIN NEGARA YANG KEDUA TERKAYA DI DUNIA selepas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang memiliki sejumlah sekitar US $40 KE US$ 70 BILLION.

Walau bagaimanapun, laman Wikipedia yang masih boleh dilayari di Malaysia,
nama Mahathir dengan misterinya telah dipadam pada hari Isnin 17 Disember 2012 beberapa minit selepas Malaysia Chronicle menyiarkan berita Mahathir now the world's second richest ex-leader with US$ 44 BILLION? (Mahathir sekarang bekas pemimpin kedua terkaya dengan harta sejumlah US$ 44 Billion?)

(Sila rujuk pada versi bergambar laman web dimana nama Mahathir disenaraikan dengan jelas selepas Mubarak dan bandingkan ia dengan versi seperti di pautan

(
http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_heads_of_state_and_government_by_net_worth.)

Harus diingatkan bahawa berita itu ditulis bukan berniat jahat tetapi berdasarkan dakwaan Wikipedia bahawa MAHATHIR MEMILIKI SEJUMLAH US$ 44 BILLION. Jika benarlah dakwaan ini, ia pasti ada implikasi buruk bagi Malaysia dan Mahathir kerana
bagaimana seorang perdana menteri yang dipilih rakyat memperolehi begitu banyak kekayaan tanpa melibatkan diri dalam aktiviti yang korup.

SAMA ADA MAHATHIR BENAR-BENAR MEMILIKI HARTA SEJUMLAH US$ 44 BILLION ATAU TIDAK, TIADA SIAPA YANG TAHU. Dan seperti namanya yang TIBA-TIBA HILANG DARI SENARAI WIKIPEDIA, konvulsi kompleks yang perlu dirungkai untuk mengetahui sejauh mana kayanya Mahathir dan keluarganya akan memerlukan lebih dari gabungan penyiasat Hercule Poirot dan Miss Marple. Sekumpulan pasukan terdiri daripada akauntan, para audit, pakar kewangan dan perbankan akan diperlukan, tidak kurang daripada itu.

MENGUGUT TAIB DAN JEFFREY?

Walaupun begitu, menurut salah satu daripada sumber rujukan Wikipedia, modus operandi Mahathir boleh dijelaskan melalui penjelasan dan pemahaman logik dari apa yang dilakukan oleh Mubarak contohnya dengan melibatkan diri dalam setiap urusan perniagaan di dalam negara dengan adanya monopoli, birokrasi, rasuah, nepotisma dan banyak lagi. 

http://www.financetwitter.com/2011/02/marcos-mubarak-mahathir-whos-the-richest-man.html

Mahathir mula memegang kuasa pada 1981 dan hanya bersara pada 2003. Pada era 1980-an, keadaan politik dan ekonomi Malaysia tidak stabil dan Mahathir bergelut untuk mengekalkan kuasanya dalam parti, keatas lawannya dan juga kerajaan. WANG SENTIASA MEMBANTU DALAM APA JUA MASALAH. Ini merupakan sesuatu yang Mahathir, sekarang berusia 87 tahun telah sedari pada masa itu.

Ada pemerhati politik percaya bahawa dia telah
mengukuhkan kedudukannya dengan mengumpul wang untuk membiayai kerjaya politiknya yang lama dengan pada mulanya menjadikan orang kuat Sabah, Jeffrey Kitingan sebagai mangsa dan seterusnya Taib Mahmud di Sarawak. Dan hingga kehari ini, Taib dituduh masih ‘membiayai’ Mahathir untuk membolehkannya terus berkuasa sebagai ketua proksi Putrajaya di Borneo.

Tidak mungkin Taib boleh kekal sebagai Ketua Menteri begitu lama di Sarawak dan langsung tidak dijentik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) tanpa dia memberi balasan kepada mereka yang berkuasa di Putrajaya, pusat pentadbiran kerajaan persekutuan. Pada masa yang sama, mereka yang berada di Putrajaya menggunakan Taib untuk merompak hasil kekayaan di Sarawak.

Tidak hairanlah jika semua tahu bahawa Mahathir tidak pernah suka pada Taib dan pernah cuba untuk memperkecilkannya sejurus selepas menjadi perdana menteri pada tahun 1981 dengan hanya menyerahkannya jawatan sebagai menteri wilayah persekutuan untuk menunjukkan ketidakpuasan hatinya pada Taib. Mungkin ada sebab disebalik kegilaan ini. Kebencian Mahathir pada Taib mungkin akan menyebabkannya kehilangan sesuatu yang amat berharga. Jadi, dia mesti menundukkan Sarawak dan menjadikannya patuh pada Putrajaya sebagai tabungan.

Jeffrey tidak mahu kehilangan satu sen pun dari Mahathir sebelum ISA

Taib ‘tidak mahu’ atau menolak perlantikannya sebagai menteri wilayah persekutuan dan kembali ke Sarawak dengan satu misi. Sejurus selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri, dia mahu mengambil alih tugas bapa saudaranya, Abdul Rahman Ya’kub sebagai Ketua Menteri. Pada masa itu, Sarawak United People’s Party (Supp) dibawah Stephen Yong mengugut untuk meninggalkan BN selagi Rahman yang anti bukan Islam menjadi Ketua Menteri.

Jeffrey, sepertimana keadaan politik di Sabah dimana tidak menjadi rahsia, tidak mahu kehilangan walau satu sen pun wang kepada Mahathir dan Mahathir secara kebetulannya, menjatuhkan Jeffrey dengan menahannya dibawah undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 2 tahun.

Jeffrey telah dituduh Mahathir merancang mengeluarkan Sabah dari Malaysia secara paksaan dan menjadikan ia sebagai Republik Kristian dengan dirinya sebagai Presiden. Di Sabah, Mahathir telah dipercayai menjadi dalang yang mengaut semua wang yang ada didalam akaun luar negara milik Jeffrey untuk dirinya sendiri dan menjatuhkan Jeffrey hanya sejurus sebelum pilihanraya negeri itu bermula pada tahun 1994.

Kenyataannya, Jeffrey, yang pada suatu masa, begitu kaya sehingga tidak boleh dibayangkan telah tiba-tiba jatuh miskin setelah ditahan di bawah ISA.

Pembela Mahathir mendakwa bahawa ramai pemegang amanah Jeffrey dan penamanya lari bersama jutaan ringgit yang disimpannya di luar negara, urusniaga di Sabah dan di tempat-tempat lain. Ada yang menyebut, jumlah hartanya di Australia adalah sebanyak US$ 700 juta.

Pemegang amanah dan penama ini tidak lagi bersama Jeffrey namun ada diantara mereka telah mengadakan urusan perniagaan bersama parti pemerintah terutamanya permerdagangan balak yang dipercayai untuk membiayai kerjaya politik Jeffrey sekarang mungkin kerana mereka merasa bersalah di atas apa yang telah berlaku dahulu.

Penahanan Jeffrey kerana ‘Republik Kristian’ kebiasaan Dr M mengalih perhatian perebutan wang?

Tidak diketahui jika dan berapa banyak Mahathir dan/atau negeri itu mungkin telah ambil atau denda Jeffrey secara rasmi atau tidak. Tetapi ini tidak memberhentikan cakap-cakap di kedai kopi di Sabah.

Satu petunjuk datang dari US$4 bilion yang disebut Mahathir dari laporan Prince Waterhouse ke atas audit yang dijalankan ke atas Yayasan Sabah semasa Parti Bersatu Sabah memimpin kerajaan negeri pada 1994 sedang mengalami kejatuhan. Laporan membuat penemuan ada perbezaan ketara antara harga sebenar atau harga pasaran balak dengan harga kontrak jangka panjang yang jauh rendah.

Mahathir mungkin juga telah cuba mengalih perhatian dari dirinya yang sedang mencuri wang Jeffrey dengan cuba membuktikan bahawa wang itu ada tetapi hilang semasa pemerintahannya pada masa dia menerajui Yayasan Sabah.

Jawapan yang telah diberikan Jeffrey apabila isu itu diketengahkan adalah
MAHATHIR BERBOHONG. Menurut Jeffrey, balak tidak boleh dijual mengikut harga tetap. Lebih banyak jumlah yang dibeli, lebih murah harganya dan begitu juga sebaliknya. Lagipun, harganya pada masa hadapan tidak akan sama.

TAIB LEBIH BERNASIB BAIK


Walaubagaimanapun, kebenaran mungkin terletak diantara cerita Mahathir dan penerangan Jeffrey. Dalam apa jua keadaan, pemimpin pembangkang Sabah itu tidak pernah didakwa atas tuduhan rasuah.

Tetapi tidak seorang pun akan menafikan bahawa Jeffrey terlalu kaya pada suatu masa dahulu dan sekarang hanya bergantung kepada pencen yang diberi oleh Yayasan Sabah, parlimen dan dewan negeri. Jika kesuntukan wang, dan bekas pembantunya atau pemegang amanah tidak mampu untuk menyediakan wang secepat mungkin, dia akan menjual tanah ataupun hartanya atau meminta bantuan abangnya, Joseph Pairin Kitingan, Huguansiou ketua kaum kadazan tertinggi di Sabah.

Jika khabar angin itu benar, Mahathir tentunya sudah mendapat begitu banyak kalau bukan dari Taib, tentunya dari Jeffrey untuk mengisi geroboknya namun bekas Perdana Menteri itu masih memastikan pemimpin Sarawak itu menikmati kemewahan agar orang Islam mendominasi negeri majoriti Dayak beragama Kristian itu.

Dalam kes Jeffrey, Mahathir mungkin mahu memufliskannya sama sekali supaya orang Kristian, penduduk asal di Sabah tidak mempunyai modal untuk menentang dari segi politik sekaligus mencabar tindakan Putrajaya untuk meminggirkan dan menyekat mereka melalui pengasingan kaum secara sistematik, prejudis dan opportunisma seperti yang jelas dalam polisi penjajahan dalaman.

US$ 100 BILLION HILANG SEMASA PEMERINTAHAN DR M

Jeffrey dan Taib mungkin sasaran awal bagi Mahathir, dengan hidangan utama telah dimamahnya sepanjang 22 tahun pemerintahannya sebagai PM.

Dalam buku tulisan Barry Wain, Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, menunjukkan sekurang-kurangnya US$ 100 billion telah lenyap pada era pemerintahan Mahathir dari tahun 1981 hingga 2003.

Kebanyakkan dari wang yang hilang ini mungkin wang yang diperolehi dari perbezaan kos sebenar prokumen, kontrak, kuota, tender, permit, konsesi, lesen dan banyak lagi jumlah yang merugikan pembayar cukai sebanyak dua kali ganda malah tiga dan sehingga sepuluh ganda wang sebenar.

Baru-baru ini, Automatic Enforcement System atau Sistem Penguatkuasa Otomatik (AES) telah menelan belanja lebih sepuluh kali ganda bagi Perbendaharaan Negara.

Kemudian, berlaku
KES KEHILANGAN WANG OLEH BANK NEGARA SEBANYAK RM30 BILLION DI BURSA PERTUKARAN ASING PADA MASA PEMERINTAHAN MAHATHIR. Kita juga mengalami kerugian daripada skim pemerolehan pasaran Tin Antarabangsa di London, jumlah yang tidak diketahui untuk menggantikan peranan orang Cina di Malaysia dengan Jepun dibawah polisi perkauman jahat Pandang Ke Timur yang melakukan pembaziran ke atas Perbendaharaan Negara dengan polisi yang sama jahatnya serta berbaur perkauman Belilah Barangan British. Kesemua bukti rompakan wang ini diselindungi oleh semangat patriotik dibawah label Malaysia Boleh.

MAHATHIR & CO, seperti yang diberitahu oleh bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah di Australia, tidak lama dahulu, mereka membahagi kontrak sesama sendiri. Razaleigh dituduh pentadbiran Mahathir ‘mengkhianati’ Negara dengan memburuk-burukkannya diluar Negara. Nampaknya, Mahathir adalah Malaysia dan Malaysia itu Mahathir.

Mahathir mungkin telah melakukan apa yang dituduh oleh Razaleigh dengan mengambil wang Negara untuk dirinya sendiri melalui jaringan penama, kroni, si tamak sepertinya juga. Jika benar, dia saling tak tumpah seperti Mubarak dan ramai lagi diktator korup di dunia ketiga yang rakus merompak kekayaan Negara sementara menjadikan hutangnya terlalu tinggi pada masa pemerintahannya.

MENARIK PERHATIAN CIA?

Mungkin juga, disebalik buku Wain dan senarai Wikipedia, Mahathir telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2003 kerana takut dirinya akan dipertanggungjawabkan atas penyalahgunaan kuasa dan konflik kepentingan semasa pemerintahannya.

Dia telah dituduh mencari jalan untuk meninggalkan jawatannya tetapi masih mengekalkan kuasa dibalik tabir untuk memastikan pihak berkuasa tidak mendakwanya. Persepsi rakyat adalah Majlis Tertinggi Umno berada dibawah telunjuk Mahathir sementara Najib Razak menjadi Perdana Menteri boneka dari belakang isterinya.

Semua masih ingat lagi pada
UCAPAN SELAMAT TINGGAL MAHATHIR YANG IBARAT SANDIWARA SETELAH MENITISKAN AIR MATA di kaca televisyen sambil mengatakan bahawa dirinya telah ‘gagal mengubah pemikiran rakyat’. Benarkah dia peduli dan itu bukanlah misinya!

Ia mungkin satu kebetulan bahawa
WIKIPEDIA TELAH BERJAYA MENYENARAIKAN APA YANG TELAH DIPEROLEHI OLEH MAHATHIR MELALUI CARA HARAM SEHINGGALAH KEPADA PRU KE-13. Ini nampaknya seperti kerja Central Intelligence Agency (CIA) sebagai tanda Washington mahu Mahathir dan Barisan Nasional yang memerintah untuk tidak lagi berkuasa. Ini adalah modus operandi biasa kerajaan AS iaitu keluarkan maklumat peribadi kewangan yang merosakkan sesorang kredibiliti individu yang disasarkan mereka untuk musnah.

Mahathir selama ini telah berhati-hati untuk melindungi kekayaannya di Negara yang tidak boleh diperiksa oleh sistem perbankan antarabangsa SWIFT DAN IBAN yang dipunyai dan biayai oleh AS untuk menjejaki perolehan haram, pengubahan wang dan pembiayaan pengganas. Jepun dikatakan antara Negara dimana bekas Perdana Menteri itu menyimpan kebanyakkan asetnya.

Mahathir punyai banyak wang untuk melakukan kerosakan

Kesimpulannya,
MAHATHIR DENGAN HARTANYA YANG MELIMPAH RUAH, boleh meneruskan pengaruh dan penguasaannya ke atas politik Melayu di Malaysia ini iaitu bagi komuniti yang berbahasa Melayu dari bangsa Bugis, Jawa, Minang, Acheh dan India Muslim di Semenanjung Malaysia. Dia dilaporkan membiayai Perkasa, persatuan ektrimis yang diketuai bonekanya Ibrahim Ali dan percubaannya untuk campur tangan dalam hal-hal politik Parti PKR dan PAS pimpinan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Mahathir sememangnya sudah pun mengawal sebahagian besar
WANG PETRONAS DARI SABAH DAN SARAWAK. Dia telah dituduh tidak boleh membezakan antara wangnya dan wang Petronas jika dilihat dari berapa yang dimasukkannya dalam Yayasan Kepimpinan Perdana dan bagaimana dia dengan bebasnya menggunakan pesawat koprat dan kapal layar yang dimiliki oleh Syarikat Minyak itu. Gambarnya bercuti di atas kapal layar di Mediterranean. YDP Agong, ketua Malaysia sendiri tidak pernah memiliki keistimewaan itu.

Mahathir juga mempunyai wang untuk campur tangan dalam Negara seperti Palestin dan Bosnia-Herzegovina dan banyak lagi melalui Yayasan Kepimpinan Perdananya-khasnya untuk menyebarkan teori merapunya tentang kepimpinan dan pembinaan misi dan telah disyaki oleh Washington pada masa lalu membiayai senjata di negara-negara ini. Bagi AS, ini perbuatan melampau

Artikel Penuh: 
KLIK DISINI






25/04/2019

PENDAPAT ORANG NYANYOK YANG JELAS SALAH DAN TIDAK MENGIKUT PERLEMBAGAAN

IPOH 25 April - PAKAR PERLEMBAGAAN, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, dakwaan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Perlembagaan negeri Johor dan Terengganu terbatal apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan SEKADAR PANDANGAN Perdana Menteri.
Menurut Abdul Aziz, betul atau salah PANDANGAN ITU IA TIDAK PENTING kerana ia sekadar pendapat dan BUKAN KEPUTUSAN MAHKAMAH.
Beliau berkata, ini berbeza jika keputusan mahkamah kerana sama ada betul atau salah maka ia perlu dipatuhi dan dilaksanakan jika tidak hukuman akan dikenakan hukuman kerana menghina mahkamah.
“Jadi tidak patut timbul rasa cemas dengan pandangan Perdana Menteri itu.
Dalam hal ini, Speaker DUN Johor semacam membayangkan perasaan itu.
“Kalau dirasakan penting, isu Perlembagaan boleh dirujuk kepada Mahkmah Persekutuan,” katanya kepada Utusan Malaysia malam tadi.
Menurut Abdul Aziz, ADA PENDAPAT MAHATHIR YANG JELAS SALAH DAN TIDAK MENGIKUT PERLEMBAGAAN seperti dalam isu peranan Yang di-Pertuan Agong dalam pelantikan hakim beberapa hari lalu.
“Dalam isu ini, Yang di-Pertuan Agong perlu berbincang dengan Majlis Raja-Raja dan tidak hanya mengikut nasihat Perdana Menteri,” katanya.
Perdana Menteri menerusi catatan dalam laman blog beliau, chedet.cc menjelaskan Perlembagaan Negeri Johor dan Terengganu terbatal apabila Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk.
Mahathir berkata, kegagalan mematuhinya akan menidakkan kedaulatan undang-undang.
Kenyataan Mahathir itu dibuat selepas pertelingkahan dengan istana Johor dalam isu pemilihan menteri besar dan anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri. - UTUSAN ONLINE

22/04/2019

PERJANJIAN RAHSIA PROJEK ECRL DAIM/MAHATHIR

RAKYAT MALAYSIA SEKALI LAGI DIPERBODOHKAN OLEH MAHATHIR / DAIM. Kononnya, Najib membayar kos projek ECRL dengan harga lebih tinggi dan DAIM PULA BERJAYA MENGURANGKAN KOSNYA sebanyak RM21.5 bilion kepada RM44 bilion. Maknanya, Najib samada dia ni bodoh atau pun penyamun. 

Sekarang baru kita tahu yang RM21.5 billion itu bukanlah diskaun seperti kita diberitahu. Yang sebenarnya, China telah diberi tanah dan hak pembangunan yang jumlahnya sepuluh kali ganda tinggi dari ‘diskaun’ yang mereka beri.

Tun Daim memberi gambaran yang beliau telah berjaya berunding dengan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) untuk mengurangkan harga projek East Coast Rail Link (ECRL) dari RM66.5 billion kepada RM44 billion dengan pengurangan sebanyak RM21.5 billion.

Dengan spesifikasi ECRL yang baru ini, sudah tentu ianya telah di ‘scaled-down’ dari reka bentuk yang asal. Ini seperti membeli kereta Proton versi murah, yang tiada ‘air-cond’, tiada radio, tiada ‘power window’, enjin yang berkapasiti 1300cc dan bukannya 1600cc, dan sebagainya. Kalau mempunyai ‘power-window’ sekali pun pada kereta Proton anda, bukannya dapat berfungsi dengan baik (anda masih kena buka pintu kereta untuk membayar tol di lebuhraya PLUS).

Yang penting sekali adalah, dengan diskaun yang diberikan sebanyak RM21.5 billion itu, CCCC pula telah menerima sejumlah 4,500 ekar tanah di tujuh lokasi berhampiran dengan stesen-stesen yang ECRL akan berhenti.

Bukankah ini yang disebut oleh TUN DR MAHATHIR MOHAMAD SEBAGAI ‘MENJUAL MALAYSIA KE CHINA’?

Pada asalnya, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (SEDC) ditugaskan untuk membangun tujuh taman perindustrian di sekitar stesen-stesen ECRL itu (dan ini adalah tujuan utama projek ECRL ini). ECRL akan membawa pembangunan kepada taman-taman industrial ini seperti apa yang berlaku pada ‘High-speed rail’ di UK. (Manchester, kini adalah kawasan pembangunan yang paling pesat di UK).

Sekarang, China telah diberikan beribu-ribu ekar tanah di sekitar tujuh stesen beserta dengan hak untuk membangunkan taman-taman perindustrian itu sekali. Jadi, diskaun sebanyak RM21.5 billion kecil dibandingkan dengan beribu-ribu ekar tanah  berserta dengan hak untuk membangunkan tujuh taman perindustrian yang diberi kepada China.


Rujukan:  KLIK DISINI

21/04/2019

NEGARA BAKAL BERDEPAN INFLASI PALING KRITIKAL DALAM SEJARAH

GUA MUSANG - Negara BAKAL BERDEPAN INFLASI YANG LEBIH BURUK jika kerajaan tidak mengambil tindakan berkesan untuk memulihkan ekonomi negara.

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, keadaan itu berdasarkan situasi semasa ekonomi negara menyebabkan RAMAI RAKYAT HILANG PEKERJAAN, KOS SARA HIDUP MENINGKAT, BANYAK KEDAI DAN SYARIKAT DITUTUP serta NILAI MATA WANG JATUH KE PARAS TERENDAH.

Katanya, Kerajaan Pakatan Harapan perlu mengambil langkah drastik bagi menangani masalah itu supaya perkara tersebut tidak berlarutan.

“Pakar ekonomi juga menyatakan negara bakal menghadapi inflasi dan rakyat turut merasainya.

“Inflasi ini maknanya jika kita buat apa pun keadaan ekonomi tak akan berkembang. Macam negara Jepun, mereka mengalami inflasi berbelas-belas tahun.

“Jepun negara kaya tak apalah, tetapi kita tak boleh mengalami keadaan seperti negara itu dan saya bimbang keselamatan juga akan tergugat," katanya selepas majlis prapelancaran Festival Galas 2019 di Dataran Kesedar Putra, Bandar Baru, Gua Musang, malam tadi.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim, ADUN Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff dan ADUN Paloh, Amran Arifin.

Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Ahli Parlimen Gua Musang menyuarakan rasa kurang senang hati dengan bebanan hidup rakyat akibat kos sara hidup tinggi.

Beliau mahu KERAJAAN PH MENGAMBIL PENDEKATAN MEMPERBAIKI KEHIDUPAN RAKYAT dan tidak terus mencetuskan polemik yang menakutkan.

Tambahnya, rakyat sudah mula menunjukkan kekecewaan mereka kerana janji-janji tidak ditunaikan dan seolah-olah diperlekehkan kerajaan sekarang.

“Rakyat susah kerana KOS SARA HIDUP SEMAKIN TINGGI berikutan harga barang naik, pendapatan kurang, barangan import dan barangan buatan dalam negara juga naik harga.

“Walaupun dihapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST), namun mereka masih menangung bebanan kehidupan kerana kenaikan harga barang keperluan," katanya. - K! ONLINE

Rujukan: KLIK DISINI

19/04/2019

MAHATHIR , TOMMY THOMAS, PERLU DIHERET KE MAHKAMAH

KUALA LUMPUR 19 April - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak dapat meratifikasi Statut Rom berikutan Peguam Negara, TOMMY THOMAS SENDIRI GAGAL meyakinkan Majlis Raja-Raja berhubung perkara berkenaan.
Pengamal undang-undang, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, hal ini bukan disebabkan oleh tindakan empat profesor perundangan yang dituduh cuba mengelirukan Majlis Raja-Raja dengan membentangkan kertas kerja masing-masing.
“Saya tidak setuju bahawa empat pensyarah itu telah mengelirukan Majlis Raja-Raja. Isunya sekarang, Peguam Negara, Tommy Thomas dan Professor Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi gagal meyakinkan Majlis Raja-Raja kerana kedua-dua pihak ini diundang oleh Majlis Raja-Raja untuk bentangkan kertas kerja mengenai Statut Rom.
"Tommy Thomas sendiri bila dijemput ke Majlis Raja-Raja gagal kemukakan hujah balas mengenai perbentangan empat pensyarah itu. Jadinya, ini bukan cerita empat pensyarah ini kelirukan Majlis Raja-Raja, tapi isunya adalah Peguam Negara gagal yakinkan Majlis Raja-Raja dalam isu ini,” katanya dalam Bicara Persada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang bertajuk Statut Rom: Malaysia ke Arah Mana? di Bangi dekat sini hari ini.
Yang turut menjadi panel dalam program itu ialah Pensyarah Fakulti Undang-Undang UKM, Prof. Datin Faridah Jalil; Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra), Azril Mohd. Amin dan
Ketua Gabungan Pembebasan Akademik Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Asheeq Ali Sethi Alivi serta moderator oleh pensyarah undang-undang UKM, Prof. Datuk Dr. Noor Aziah Mohd. Awal.
Pada 7 April lalu, Asheeq Ali mendedahkan mengenai rumusan eksekutif Statut Rom yang dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja pada 2 April lepas.
Asheeq Ali dan lapan rakannya mempersoalkan mengapa kajian itu dijalankan secara sulit tanpa diketahui masyarakat selain mendakwa hujah-hujah rumusan itu bersifat berat sebelah, kerana hanya mempersoalkan sebab Majlis Raja-Raja perlu menolak perjanjian antarabangsa itu.
Rumusan itu dilakukan Dekan Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad; Pakar Perlembagaan Persekutuan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr Shamrahayu Ab. Aziz; serta dua pensyarah undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Fareed Mohd Hassan dan Hisham Hanapi. - UTUSAN ONLINE
Rujukan: KLIK DISINI

18/04/2019

EKONOMI NEGARA MAKIN PARAH? DASAR POPULIS PH GAGAL… MANA GUAN ENG?

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki MEMPERSOALKAN DIMANA MENTERI KEWANGAN LIM GUAN ENG dalam KEADAAN EKONOMI NEGARA YANG SEMAKIN PARAH.
Tegasnya, sepatutnya dalam keadaan ekonomi yang makin parah, rakyat marhain yang harus dibela namun sebaliknya yang berlaku.
“Lebih meresahkan apabila Menteri Kewangan LIM GUAN ENG DILIHAT LEBIH MEMENTINGKAN TAUKE-TAUKE KAYA berbanding rakyat marhain. Tauke-tauke yang selama ini berjaya melarikan diri dari membayar cukai yang sepatutnya dibayar kepada negara (BLACK ECONOMY) melalui sistem percukaian lama, bukan sahaja dibela dengan pemansuhan GST tetapi dikhabarkan Guan Eng telah membayar balik RM 19 bilion nilai input cukai GST walaupun pihak kastam hanya mengesahkan cukai input setakat ini RM5 bilion.
Duit Petronas RM82 bilion yang dijarah sewajarnya diutamakan untuk menambah bantuan kepada rakyat marhain berbanding membayar balik cukai input GST kepada tauke-tauke yang kaya.
“Ternyata, dasar populis Pakatan Harapan (PH) memansuhkan GST yang terbukti bukan sahaja gagal menurunkan harga barang dan kos sara hidup rakyat sebagaimana yang dijanjikan, malah mula MENAMPAKKAN KESAN BURUK TERHADAP PRESTASI KESELURUHAN EKONOMI DAN KEYAKINAN PELABUR ASING TERHADAP KEMAPANAN KEWANGAN NEGARA.”
Beliau berkata demikian dalam kenyataan hari ini yang disiarkan menerusi laman Facebooknya selepas menonton ulasan penganalisis kewangan daripada UBS Group AG, sebuah bank pelaburan terkemuka antarabangsa di Bloomberg TV.
“… yang pastinya amat menakutkan dan menggusarkan kita semua. Sentimen pelabur antarabangsa terhadap kedudukan ekonomi dan kewangan negara nampaknya semakin buruk.”
Katanya, baru-baru ini Tabung Persaraan Global Norway telah mengeluarkan semua pelaburan yang dibuat di pasaran Malaysia baik Bon atau Ekuiti berjumlah RM8.0 billion.
“Semalam FTSE RUSSEL YANG BERPANGKALAN DI LONDON menggambarkan kemungkinan akan MENGELUARKAN BON MALAYSIA DARI INDEKS BON GLOBAL mereka. Manakala pasaran Bursa Malaysia KLSE adalah satu-satunya pasaran Asia yang mencatatkan kerugian.
“Malaysia juga dikatakan bakal mengalami aliran keluar modal asing sehingga mencecah RM42 billion. Kalau ini berterusan kita akan menyaksikan kesuraman pasaran modal negara, setelah nilai saham-saham di Bursa Malaysia mengalami kerugian RM270 bilion tahun lepas akibat HARGA SAHAM JATUH TERUK SELEPAS PRU14.”
Jelasnya, kelmarin sahaja Ringgit Malaysia (RM) mencatatkan kejatuhan nilai tertinggi sejak tahun 2016 dan kini diperdagangkan pada kadar USD1 BERBANDING RM4.12.
Rujukan: KLIK DISINI

17/04/2019

KERAJAAN PAKATAN HANCING GAGAL TADBIR NEGARA

Kenyataan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin MEMINTA RAKYAT MEMBERI TEMPOH ENAM BULAN LAGI bagi kerajaan memulihkan negara membuktikan PH GAGAL MENTADBIR NEGARA sebagaimana sepatutnya.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, kenyataan itu juga menunjukkan CEP gagal mengemukakan formula terbaik menguruskan ekonomi negara kepada kerajaan.

Menurutnya, rakyat sudah mula menerima kesan daripada kegagalan pentadbiran PH dan sepatutnya kerajaan segera menyelesaikan masalah rakyat terutamanya berkaitan kenaikan kos sara hidup dan kekurangan bantuan kebajikan.

Pelaburan masuk ke negara ini juga seakan tiada malah berlaku pengaliran keluar dana asing daripada negara ini. JIKA TEMPOH ENAM BULAN LAGI DIPERLUKAN PASTI KESAN LEBIH BESAR PADA RAKYAT DAN NEGARA AKAN BERLAKU.

“Selepas 9 Mei 2018, tidak banyak janji yang berjaya dilaksanakan kerajaan PH melainkan melaksanakan semula banyak dasar atau program yang dijalankan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu yang dikritik hebat oleh PH,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Lenggong itu turut menyifatkan kerajaan PH sebagai ‘KERAJAAN YANG SUKA MEMUNGKIRI JANJI’ dan gemar berdolak-dalik dalam percakapannya.

“Daripada berjanji akan tunaikan janji dalam masa sehari, kemudian tukar kepada tidak perlu tunai janji menggambarkan Kerajaan PH adalah kerajaan yang suka memungkiri janji.

“Kemudian meminta lagi tempoh enam bulan untuk melaksanakannya, ia adalah suatu yang tidak boleh diterima. Pimpinan dan kerajaan PH diharap menghormati daya intelektual rakyat kerana rakyat sudah bijak, boleh menilai tindakan dilakukan kerajaan,” ujarnya.

Shamsul Anuar turut mempersoalkan adakah kerajaan akan sekali lagi meminta lebih masa SEKIRANYA MASIH GAGAL MENUNAIKAN JANJINYA SELEPAS ENAM BULAN.

“Bayangkan kalau selepas enam bulan nanti, janji-janji itu tidak dapat dilaksanakan, apakah selepas itu PH akan meminta tempoh enam bulan lagi dan enam bulan lagi?
“ADAKAH RAKYAT AKAN TERUS DITIPU?” soal beliau.

Kelmarin, Daim berkata kerajaan memerlukan enam bulan lagi untuk memulihkan negara selepas mengambil alih pentadbiran Mei tahun lalu.

Rujukan: KLIK DISINI 

Rujuk Disini : KLIK CEPAT DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...