IPOH 25 April - PAKAR
PERLEMBAGAAN, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, dakwaan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Perlembagaan negeri Johor
dan Terengganu terbatal apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan SEKADAR
PANDANGAN Perdana Menteri.
Menurut
Abdul Aziz, betul atau salah PANDANGAN ITU IA TIDAK PENTING kerana
ia sekadar pendapat dan BUKAN KEPUTUSAN MAHKAMAH.
Beliau
berkata, ini berbeza jika keputusan mahkamah kerana sama ada betul atau salah
maka ia perlu dipatuhi dan dilaksanakan jika tidak hukuman akan dikenakan
hukuman kerana menghina mahkamah.
“Jadi
tidak patut timbul rasa cemas dengan pandangan Perdana Menteri itu.
Dalam
hal ini, Speaker DUN Johor semacam membayangkan perasaan itu.
“Kalau
dirasakan penting, isu Perlembagaan boleh dirujuk kepada Mahkmah Persekutuan,”
katanya kepada Utusan Malaysia malam tadi.
Menurut
Abdul Aziz, ADA PENDAPAT MAHATHIR YANG JELAS SALAH DAN
TIDAK MENGIKUT PERLEMBAGAAN seperti dalam isu peranan
Yang di-Pertuan Agong dalam pelantikan hakim beberapa hari lalu.
“Dalam
isu ini, Yang di-Pertuan Agong perlu berbincang dengan Majlis Raja-Raja dan
tidak hanya mengikut nasihat Perdana Menteri,” katanya.
Perdana
Menteri menerusi catatan dalam laman blog beliau, chedet.cc menjelaskan
Perlembagaan Negeri Johor dan Terengganu terbatal apabila Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu dibentuk.
Mahathir
berkata, kegagalan mematuhinya akan menidakkan kedaulatan undang-undang.
Kenyataan Mahathir itu dibuat selepas pertelingkahan dengan
istana Johor
dalam isu pemilihan menteri besar dan anggota majlis mesyuarat
kerajaan negeri. - UTUSAN ONLINE