Translate

28/01/2018

MADEY MEMANG TAK SEDAR DIRI !!!!

SHAH ALAM: Adakah Tun Dr Mahathir Mohamad tetap akan dilantik menjadi perdana menteri Pakatan Harapan (PH) jika PPBM hanya menang dua atau empat kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), soal Tengku Razaligh Hamzah.

Tokoh veteran Umno itu juga bertanya adakah parti komponen PH yang lain tidak kisah jika calon perdana menteri datangnya daripada parti yang tidak banyak menyumbang kerusi?

"Ada empat parti (dalam PH) dan jika parti Mahathir menang paling banyak kerusi, mereka akan berpeluang untuk mencalonkan pemimpin mereka, iaitu Mahathir.

"Tetapi jika mereka hanya menang dua atau empat kerusi? Kemungkinan besar beliau tidak akan mendapat sokongan," katanya dipetik sebuah portal.

PPBM walaupun baru mencapai umur setahun diberikan kepercayaan bertanding di 52 kerusi - paling banyak di Semenanjung, diikuit PKR (5), DAP (35) dan Amanah hanya 27 kerusi.

PH belum mengumumkan agihan kerusi di Sabah dan Sarawak dan menyatakan proses rundingan masih sedang berlangsung.

Tengku Razaligh atau lebih dikenali Ku Li turut mengulas berkenaan sama ada pencalonan Dr Mahathir bakal memberi impak negatif kepada kebebasan bersuara dan badan kehakiman.

24/01/2018

"TAK RETI BAHASA" UNGKAPAN TERBAIK UNTUK MAHATHIR

Mahathir Sekali Lagi Anggap Haram Haji Guna Duit 1MDB.

TIDAK SERIK… Meskipun ditegur beberapa mufti negeri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi membuktikan dirinya lebih hebat berbanding ulama apabila mampu persoal ibadah seseorang.

Terbaharu menerusi catatan bertajuk Halal Haram dalam laman blog beliau iaitu Chedet pada Selasa, pemimpin pembangkang tu mengulangi kenyataan mengenai isu haram haji tajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Mahathir dengan selamba MEMUTAR BELIT ISU berkenaan apabila mendakwa kononnya wang tajaan daripada sayap pelaburan kerajaan itu sebagai duit curi yang cuba dihalalkan setelah diubah untuk kegunaan ibadah haji pula.
Jika kita tidak tahu duit itu dicuri, salahkah jika duit itu diguna untuk buat ibadat haji? Jika kita tahu bahawa duit itu dicuri, halalkah duit itu jika diguna untuk kerja haji,” soal Mahathir yang CUBA HASUT PEMBACA blog beliau itu.
Artikel terbaharu itu sekali lagi menyerlahkan kebiadaban tokoh Pakatan Harapan berusia 92 tahun berkenaan terdesak eksploitasi isu agama dengan menjatuhkan hukum sendiri atas perkara yang sudah dijelas berulang kali.

22/01/2018

MAHATHIR MEMPERKECIL2KAN KEWIBAWAAN SERTA MENGHINA PAS ???

SHAH ALAM: PAS menyindir PPBM yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai PARTI YANG MAHU 'TUNJUK PANDAI' apabila mengajar parti berteras Islam itu bagaimana untuk menjadi pembangkang melawan Umno-Barisan Nasional (BN).

Naib Presidennya Dr Idris Ahmad berkata, PAS sudah berada dalam arena politik pembangkang ini lebih 60 tahun dan lebih mengetahui selok-beloknya berbanding dengan PPBM yang baru setahun jagung berada dalam Pakatan Harapan (PH).

“Kita akan buktikan bahawasanya PAS TELAH MASAK DALAM PERTARUNGAN PILIHAN RAYA ini. Sebab itu ada orang nak ajar PAS jadi pembangkang lawan Umno. Padahal dia tu sehari dua keluar dari Umno. 

“Nak belajar lawan BN kena belajar dari PAS. Betul? Ini baru nak belajar jadi pembangkang dia nak ajar PAS menjadi pembangkang. Itu pasal dia keluar Umno sebab tidak dapat dedak.

21/01/2018

"TAK PAYAH POLITIKLAH KALAU TUA BANGKA DEKAT NAK MATI NI" - PENDAKWAH KONTROVERSI ZAMIHAN MAT ZIN

PENDAKWAH kontroversi Zamihan Mat Zin meminta DR MAHATHIR MOHAMMAD BERTAUBAT dan belajar agama bagi menebus kesalahan beliau sepanjang memerintah negara, dan bukannya terus sibuk berpolitik.
“Orang tua umur 93 tahun patut masuk pondok, mengaji kitab, zikir banyak-bantUN yak, bertaubat. Minta maaf kepada semua manusia di atas kesilapan lalu dan buat amal jariah banyak untuk akhirat patutnya.
TAK PAYAH POLITIKLAH KALAU TUA BANGKA DEKAT NAK MATI NI,” katanya dalam satu wawancara langsung di laman Facebook Watan Online hari ini.
Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) itu menjawab soalan mengenai cadangan Pakatan Harapan menamakan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sekiranya menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

20/01/2018

IBLIS MULA MERASOK JIWA MAHATHIR SANGGUP MENGHINA PENJUAL NASI LEMAK !!!

Tidak habis habis hendak menghina orang. Itulah sahaja bahan yang ada pada pembangkang sekarang. Mahfuz hina Sultan Pahang. Mukhriz hina ibadah umrah Datuk Seri Najib. Mahathir hina orang Bugis, hina orang dapat BR1M, hina orang pergi haji 1MDB dan terbaru hina pula orang jual nasil lemak dan pandu Grab.
Kenapa hendak buat semua penghinaan sebegini? DAP yang penuh dengan skandal dan penyelewengan di Pulau Pinang tidak pula dihina oleh Mahathir. DAP yang sebabkan 11 orang mati kerana tanah runtuh, banjir sampai lebih seratus kali, gadai tanah berbillion billion dan seleweng RM305 duit kajian terowong, sudah jadi suci di mata Mahathir.
Mahathir kini sedang jadi “screw” DAP untuk dapatkan undi Melayu. Terpaksa pula HINA ORANG JUAL NASI LEMAK DAN PANDU GRAB. Boleh dapat undikah dengan hina orang jual nasi lemak dan bawa Grab?

Mahathir berkata kewujudan lepasan universiti yang terpaksa menjual nasi lemak, menjadi pemandu Uber dan seumpamanya adalah petanda kegagalan kerajaan di negara ini.
“Bukannya kita nak latih mereka nak jadi pemandu Uber dan penjual nasi lemak,” Mahathir berkata demikian dalam program Policy Talk dan disiarkan secara langsung melalui Facebooknya semalam.
Mahathir kata kewujudan orang jual nasi lemak dan pandu Grab ini gambarkan keadaan sebuah negara yang memalukan kerana ada graduan terpaksa berniaga sebegitu rupa.
Cuba lihat fakta ini, apakah kerjaya pemandu Grab itu gambarkan keadaan sesebuah negara itu teruk seperti yang didakwa Mahathir?
Grab dilancarkan pada 2011, kini sudah 11 juta orang menggunakan Grab di 6 negara di Asia Tenggara. Pemandu Grab ada 2 juta orang. Sejumlah 5.1 juta orang menempah Grab secara purata sebulan. 142 bandar di Asia Tenggara gunakan Grab. Di Indonesia sahaja, 50 bandar gunakan Grab. Kini nilai perniagaan Grab adalah USD$6 bilion. Ini satu perniagaan yang merugikan kata Mahathir?

19/01/2018

NENEK MAIMUN 99 TAHUN AKAN TENTANG MADEY DI #PRU 14 ???

SHAH ALAM: Sungguhpun USIANYA HAMPIR MENCECAH SATU ABAD, seorang nenek meluahkan hasrat untuk bertanding lagi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

MAIMUN YUSOF, 99 TAHUN, yang juga bekas calon bebas Parlimen Kuala Terengganu berkata beliau sedia bertanding jika mempunyai wang untuk jadi calon dan berkempen.

"Tok masih tidak serik untuk bertanding. Kalau ada pitih (wang) berasa nak juga masuk bertanding sekali lagi," katanya dipetik Harian Metro.

Maimun sebelum ini pernah bertanding pada PRU 2008 dan 2013 sebagai calon bebas.

Pada kedua-dua pilihan raya itu ujar Maimun, beliau menghabiskan kira-kira RM60,000 untuk menjadi calon dan berkempen namun tewas dan hilang wang pertaruhan.

17/01/2018

REKOD MEMBUKTIKAN NAJIB LEBIH MAMPU MENGUBAH NASIB ANWAR BERBANDING MAHATHIR

Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mendedahkan bahawa, sebelum PRU 2013 Anwar pernah memintanya menjadi broker untuk deal dengan Najib sekiranya keputusan PRU 13 memihak kepada Pakatan Rakyat dengan simple majoriti. 

Walaupun kerjasama itu tidak terlaksana kerana kemenangan BN pada 2013 yang diluar dugaan Anwar, namun ANWAR JUGA DIBERITAKAN CUBA MENGATUR STRATEGI UNTUK DEAL DENGAN NAJIB tentang kedudukan Umno di selangor semasa krisis Menteri Besar. Pada ketika itu, Anwar juga terdesak untuk bekerjasama dengan Najib bagi mengelakkan beliau dipenjara atas tuduhan Liwat 2.

Namun semua perancangan itu tidak berjaya. Malah Najib sebenarnya lebih licik membalas permainan Anwar. Ingat lagi, pada 2008 Anwar beria-ria umumkan 30 ahli Parlimen BN akan lompat sertai Pakatan pada 16 September. Tapi yang berlaku akhirnya Kerajaan Pakatan Perak tumbang pada 4 Februari 2009 apabila Najib berjaya pujuk 3 Adun PKR dan 1 Adun DAP keluar Parti.

Rekod ini membukti NAJIB LEBIH MAMPU MENGUBAH NASIB ANWAR BERBANDING MAHATHIR dan orang-orang Anwar sendiri. Kelicikkan Najib untuk memanipulasikan kuasa dan kedudukan diambil peluang oleh Anwar untuk membebaskan dirinya untuk kembali melawan Mahathir.

15/01/2018

AZMIN MEMPERALATKAN MADEY DI PRU 14

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali SENGAJA MENAWARKAN KERUSI PARLIMEN GOMBAK KEPADA TUN DR MAHATHIR MOHAMAD pada pilihan raya umum (PRU) akan datang kerana yakin PENGERUSI PPBM ITU TIDAK MAMPU PEROLEH KEMENANGAN.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Gombak, Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata jika Dr Mahathir tewas pada PRU akan datang, beliau TIDAK LAYAK untuk ditabalkan sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan (PH) berjaya bentuk kerajaan di Putrajaya.

Bukan sahaja berjaya mengekang Dr Mahathir daripada menjadi perdana menteri, Azmin juga boleh 'lari' ke kawasan lain yang lebih selamat untuk beliau tandingi, kata Megat Zulkarnain.

“Pertamanya, Azmin boleh MEMPERGUNAKAN DR. MAHATHIR dengan mencalonkan beliau di Gombak bagi membolehkannya lari ke kawasan selamat lain.

“Keduanya, jika Dr. Mahathir kalah di Gombak, maka Pengerusi PPPBM itu tidak layak menjadi perdana menteri sekali gus membuka peluang kepada Mohamed Azmin. Beliau ‘bunuh dua burung guna satu batu’,” katanya dipetik Utusan Online.

08/01/2018

MADEY NAK MENYELAMATKAN MALAYSIA ATAU MENYELAMATKAN ANAK SENDIRI???

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih buat keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu perkongsian di Facebooknya, Mahathir berkata, beliau sangat terhutang budi dengan mereka semua, disebalik SEJARAH HITAM YANG BERLAKU MEMBABITKAN BELIAU DAN ANWAR (diakui oleh MADEY).

"Saya terhutang budi dan berterima kasih kepada keluarga Anwar kerana sanggup membelakangkan apa yang telah berlaku pada masa lalu, untuk menyelamatkan Malaysia," katanya yang dipetik menerusi laman Facebooknya.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, "Perjuangan rakyat fokus utama kami berdua,".

07/01/2018

MASIH TAK SEDAR DIRI LAGI ???

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak kisah sekiranya beliau hanya akan menjadi PERDANA MENTERI SEMENTARA SEBELUM PADAM dan digantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik saja Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) itu dibebaskan kelak.

Tanpa menjawab secara langsung, Dr Mahathir yang juga Pengerusi PH berkata beliau sudah TERLALU BERUSIA DAN TIDAK AKAN MEMEGANG JAWATAN ITU UNTUK TEMPOH LAMA.

"Prosesnya berlaku dan itu terpulang kepada parti untuk tentukan. 

"Ia boleh jadi apa saja (satu penggal atau sementara). Saya sudah 92 TAHUN. SAYA TAKKAN LAMA," katanya ketika sidang media selepas Konvensyen Pakatan Harapan yang berlangsung di IDCC sebentar tadi.

Ketika ditanya sama ada beliau 'ok' dengan perkara itu, Dr Mahathir hanya menjawab: "Saya ok".

06/01/2018

GUAN ENG KETERLALUAN MENUDUH PAS ADALAH PARTI SESAT ???

TIDAKLAH GUAN ENG dan DAP itu tahu Islam, siyasah syariyah apa lagi fikah politiknya. Jauh sekali dia alim dan arif tentangnya.
Tapi dia dengan kekurangan dan kejahilannya itu sanggup tempelak dan berani kata PAS, golongan yang paling arif dengan siyasah Islami sebagai sesat.

Sesat itu bukan sekadar tidak jumpa jalan yang dicari, tetapi apabila ia pakai dalam kehidupan orang beragama, SESAT ITU ADALAH AJARAN DAN AMALAN YANAG MENYIMPANG DARI MANHAJ DAN TASAWUR ALLAH/ISLAMI.

Yang terbabas dari Islam itu dinamakan ajaran sesat. Tidak ajaran dan amalan selain dari Islam dan penggunakan kalimah itu dikata ajaran sesat. Salah guna senjata nuklear disebut ajaran sains/teknologi sesat atau pelajaran akademik yang tidak betul dikatakan ajaran sesat. 

Pelancaran roket ke bulan mungkin tersasar tetapi orang tidak kata ia hasil penemuan sesat. Selain dari dipakai terhadap ajaran Islam yang menyeleweng ia diguna pada peribahasa peluru sesat.

AJARAN SESAT ADALAH MANHAJ JAHILIYAH. Pengamal jahiliyah adalah isi neraka. Mengatakan PAS sesat adalah membangsakan politik yang PAS ambil sekarang bakal menjadi isi neraka.

Inilah logik dan sifir atas politik sesat PAS itu sedang tindakan dan fikiran politik yang PAS ambil dan amal adalah berpaksi kepada Islam yang difahaminya.

03/01/2018

AGM PPBM ‘SYOK SENDIRI’, TIDAK IKUT PERLEMBAGAAN

PUTRAJAYA, 2 Jan — Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) digesa membuat SIASATAN TERPERINCI terhadap MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) PERTAMA PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (PPBM) pada Sabtu lalu kerana didakwa TIDAK MENGIKUT PERLEMBAGAAN  PARTI.
Ketua Bahagian PPBM Temerloh Amerus Che Onn yang membuat dakwaan itu berkata AGM pada Sabtu lalu dilihat ‘syok sendiri’ kerana hanya memperjuangkan kepentingan individu tertentu dan tiada inisiatif untuk menyelesaikan kemelut dalaman parti.
 “Pemilihan perwakilan ke AGM tidak dibuat ikut perlembagaan parti. TIADA PERHIMPUNAN DI PERINGKAT CAWANGAN  DAN BAHAGIAN untuk memilih perwakilan hadir AGM pertama itu. Selain itu, perhimpunan untuk Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dan Srikandi juga tidak diadakan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...