SHAH ALAM: PAS menyindir PPBM yang
dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai PARTI
YANG MAHU 'TUNJUK PANDAI' apabila mengajar parti berteras Islam
itu bagaimana untuk menjadi pembangkang melawan Umno-Barisan Nasional (BN).
Naib Presidennya Dr Idris Ahmad
berkata, PAS sudah berada dalam arena politik pembangkang ini lebih 60 tahun
dan lebih mengetahui selok-beloknya berbanding dengan PPBM yang baru setahun
jagung berada dalam Pakatan Harapan (PH).
“Kita akan buktikan bahawasanya PAS TELAH MASAK DALAM PERTARUNGAN PILIHAN RAYA ini. Sebab itu ada orang nak ajar PAS
jadi pembangkang lawan Umno. Padahal dia tu sehari dua keluar dari Umno.
“Nak belajar lawan BN kena belajar dari
PAS. Betul? Ini baru nak belajar jadi pembangkang dia nak ajar PAS menjadi
pembangkang. Itu pasal dia keluar Umno sebab tidak dapat dedak.
“Kita bertarung selama lebih 67 tahun.
PAS berada di persada paling tinggi di negara ini. Tidak lain dan bukan kerana
dasar dan prinsip,” katanya ketika berucap di pentas utama Himpunan Fastaqim
2.4 peringkat Selangor di Stadium JKR Seksyen 17 hari ini.
Kira-kira 1,000 ahli dan pemimpin PAS
termasuk Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abd Samad dan kepimpinan kanan parti
itu menghadiri program itu.
Minggu lalu, Dr Mahathir yang juga
Pengerusi PPBM meminta PAS untuk mengumumkan siapa calon perdana menteri bagi
parti itu.
Malah tidak cukup dengan itu, mantan
perdana menteri itu juga mahukan PAS untuk memilih siapa calon perdana menteri
yang disokong oleh mereka, sama ada calon daripada PH iaitu dirinya sendiri
ataupun Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak.
Namun rata-rata pemimpin PAS mengambil
pendekatan enggan melayan 'permintaan' Dr Mahathir itu, malah menegaskan calon
PM PAS hanya akan diketahui sekiranya parti itu menang pada Pilihan Raya Umum
ke-14 (PRU14) nanti.
PRU14 kali ini dijangka memperlihatkan
saingan sengit termasuk pertandingan tiga penjuru, terutama dalam kalangan
pembangkang.
PAS kini tidak lagi bekerjasama dengan
pembangkang dalam PH yang dianggotai PKR, DAP dan Amanah.
Sumber:
KLIK DISINI