Translate

08/01/2018

MADEY NAK MENYELAMATKAN MALAYSIA ATAU MENYELAMATKAN ANAK SENDIRI???

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih buat keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu perkongsian di Facebooknya, Mahathir berkata, beliau sangat terhutang budi dengan mereka semua, disebalik SEJARAH HITAM YANG BERLAKU MEMBABITKAN BELIAU DAN ANWAR (diakui oleh MADEY).

"Saya terhutang budi dan berterima kasih kepada keluarga Anwar kerana sanggup membelakangkan apa yang telah berlaku pada masa lalu, untuk menyelamatkan Malaysia," katanya yang dipetik menerusi laman Facebooknya.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, "Perjuangan rakyat fokus utama kami berdua,".



"Saya terhutang budi dan berterima kasih kepada keluarga Anwar kerana sanggup membelakangkan apa yang telah berlaku pada masa lalu, untuk menyelamatkan Malaysia," katanya yang dipetik menerusi laman Facebooknya.
Pakatan Harapan semalam mengumumkan  Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri jika gabungan parti itu menang pada PRU14 akan datang.

Pengumuman itu dibaca Ketua Setiausaha Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah dalam pengumuman khas sebentar tadi pada Konvensyen Pakatan Harapan 2018.

Sebelum ini, Anwar dan Mahathir mempunyai sejarah kebersamaan dalam politik yang cukup panjang, di mana mereka pernah bersama-sama mendaki takhta teratas hieraki persada politik negara.

Namun segalanya, berubah apabila pada tahun 1998 detik hitam membabitkan mereka berdua bermula.

Pada tahun itu ANWAR DIPECAT DARIPADA KABINET MAHATHIR maka bermulalah perseteruan antara mereka berdua, sehinggalah baru-baru ini persahabatan politik mereka kembali seperti tahun sebelum 1998 apabila Mahathir menyertai blok pembangkang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...