Tun Dr Mahathir Mohamad tidak kisah
sekiranya beliau hanya akan menjadi PERDANA
MENTERI SEMENTARA SEBELUM
PADAM dan digantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim
sebaik saja Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) itu dibebaskan kelak.
Tanpa menjawab secara langsung, Dr
Mahathir yang juga Pengerusi PH berkata beliau sudah TERLALU BERUSIA DAN
TIDAK AKAN MEMEGANG JAWATAN ITU UNTUK TEMPOH LAMA.
"Prosesnya berlaku dan itu
terpulang kepada parti untuk tentukan.
"Ia boleh jadi apa saja (satu
penggal atau sementara). Saya sudah 92
TAHUN. SAYA TAKKAN LAMA,"
katanya ketika sidang media selepas Konvensyen Pakatan Harapan yang berlangsung
di IDCC sebentar tadi.
Ketika ditanya sama ada beliau 'ok'
dengan perkara itu, Dr Mahathir hanya menjawab: "Saya ok".
