Begitulah yang terjadi semasa Penamaan Calun kawasan Marang pada pagi ini 20/04/2013.
Seawal pagi lagi kedua-dua Parti Politik PAS dan Barisan Nasional telah mengambil tempat masing-masing, sebelum berarak ke tempat Penamaan Calun di Pejabat Daerah Marang.
Barisan Nasional mendahuluinya dengan keluar berarak daripada perkarangan Bangunan UMNO Marang menuju ke Pejabat Daerah Marang pada jam lebih kurang 9.00 pagi dengan jarak lebih kurang 1/2 km. Pengikut-pengikut Barisan Nasional hanya berselawat beramai-ramai sehinggalah ke tempat yang telah ditetapkan.