Sabtu, 20 April 2013

ALLAH MEMBERI PETUNJUK YANG JELAS KEPADA PAS !!!


Begitulah yang terjadi semasa Penamaan Calun kawasan Marang pada pagi ini 20/04/2013. 


Seawal pagi lagi kedua-dua Parti Politik PAS dan Barisan Nasional telah mengambil tempat masing-masing, sebelum berarak ke tempat Penamaan Calun di Pejabat Daerah Marang.

Barisan Nasional mendahuluinya dengan keluar berarak daripada perkarangan Bangunan UMNO Marang menuju ke Pejabat Daerah Marang pada jam lebih kurang 9.00 pagi dengan jarak lebih kurang 1/2 km.  Pengikut-pengikut Barisan Nasional hanya berselawat beramai-ramai sehinggalah ke tempat yang telah ditetapkan.

Setengah jam kemudian kepimpinan PAS yang diketuai oleh Presiden Parti Dato Seri Haji Hadi Awang berarak keluar beramai-ramai dari hadapan IPD Marang menuju ke tempat yang sama dengan jarak 3/4 km. 


Sepanjang perjalanan pengikut-pengikut PAS  bersorak dengan mengeluarkan berbagai-bagai perkatan yang sungguh menjijikkan, termasuklah... HIDUP, HIDUP, HIDUP ISLAM, HANCUR, HANCUR, HANCUR BARISAN, TUMBANG, TUMBANG, TUMBANG UMNO..... sehinggalah ke tempat yang telah ditetapkan yang mana dikawal rapi oleh Pasukan Polis Diraja Malaysia dan Agensi Keselamatan yang lain seperti RELA dan JPAM.

Didalam keadaan yang bergolak dikedua-dua belah pihak, sementara menunggu pengumuman penamaan calun oleh Pegawai Daerah Marang, hanya kedengaran sorak dan jeritan terutama daripada pengikut-pengikut PAS yang hanya mengeluarkan kata-kata menghina kepada Barisan Nasional dan UMNO.


ALLAH S.W.T Maha Penyayang serta Mengasihani mereka yang dihina dan dicaci. Maka dengan secara spontan laungan perkataan hinaan yang dilemparkan oleh pengikut PAS telah menjadi kenyataan sepertimana kata pepatah Melayu 'Meludah kelangit, jatuh ke muka sendiri' atau dengan lain-lain nya ALLAH S.W.T telah memberikan pembalasan yang begitu cepat dan  memberi petunjuk yang jelas kepada Pemimpin-Pemimpin PAS serta pengikut-pengikutnya agar jangan terus melakukan perbuatan yang dilarang oleh Agama ISLAM. KLIK SINI UNTUK MENONTON VIDEO YANG DIMAKSUDKAN.

Dipagi hari yang begitu nyaman, ceria dan bertenaga untuk umat manusia mencari rezeki, telah dilemparkan dengan kata-kata yang cukup kesat dan jijik didengar ditelinga dari orang-orang yang mengaku dirinya ISLAM, melainkan orang-orang yang JAHIL SAJA suka mendengar suara-suara SYAITAN DAN IBLIS sepertimana yang dilemparkan.

Bertaubatlah segera wahai umat Muhammad S.A.W.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...