Lim
Kit Siang dalam sidang akhbar yang diadakan tengahari 19 April menitiskan air
mata kerana menuduh ROS, BN & SPR mensabotaj peluang beliau menang di
Parlimen Gelang Patah.
Usaha
DAP & Pakatan Rakyat untuk menyembunyikan kesilapan sendiri dan menuduh
pihak lain dengan perbuatan sabotaj memang sudah dijangka.
ROS
sudah pun menjelaskan bahawa DAP boleh menggunakan logo parti itu untuk PRU13
dan bahawa parti itu tidak diharamkan; namun untuk mengkaburi mata rakyat, DAP
terus berlakon seolah-olah menjadi mangsa “pembunuhan politik” – seperti yang
disebut oleh Lim Guan Eng.
Sebenarnya
semua ini berpunca dari DAP sendiri yang mengenepikan rintihan hati ahli-ahli
sendiri yang tidak berpuas hati dengan pemilihan barisan CEC parti tersebut.
Tindakan
Lim Kit Siang menangis semasa sidang akhbar: sebuah sandiwara untuk meraih undi
simpati.