Translate

18/04/2013

LIM KIT SIANG AKAN BERKUBUR DI GELANG PATAH


Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini semasa adakan sidang media berkata, menteri besar Johor yang dijangkakan akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah, adalah Stalking horse dan Proxy kepada bekas perdana menteri Tun Mahathir.

Beliau berkata: “mengikut maklumat risikan terbaru apa yang saya lihat, MCA akan lepaskan kerusi Parlimen Gelang Patah kepada UMNO, dan Tun Mahathir mahu Abdul Ghani Othman tamatkan riwayat saya di Gelang Patah.”

“jika benar Abdul Ghani bertanding di Gelang Patah, walaupun saya terima tekanan berlipat ganda saya tidak kisah, saya tidak akan tinggalkan tempat itu, saya sudah bersiap sedia berdepan dengan Abdul Ghani Othman, dan orang di belakang Abdul Ghani ialah Tun Mahathir, saya terima semua risiko itu.”

Beliau memberitahu, beliau pernah mencabar Tun Mahathir bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah, sebaliknya Tun Mahathir kata dia telah bersara, sebab itu Tun Mahathir bergabung tenaga dengan Abdul Ghani bertanding di Parlimen Gelang Patah.

Kit Siang berkata: “saya tidak cabar Abdul Ghani, sebaliknya Abdul Ghani mahu bertanding di situ. Sebab itu saya anggap Abdul Ghani bertanding secara Stalking Horse dan Proxy di kawasan itu.”

Beliau berharap tidak kira siapa pun calon yang BN turunkan di situ, perlulah bertanding dengan bersih dan adil, hentikan sebaran maklumat palsu dan politik kotor, pada masa yang sama jangan hasut emosi perkauman.

Pada majlis tersebut Lim Kit Siang juga tujukan kepada presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek, Soi Lek lepaskan kerusi Parlimen Gelang Patah kepada UMNO, tindakan itu sama dengan membelakangi kepentingan MCA, menunjukkan di Parlimen Gelang Patah tiada orang heavyweight MCA yang turun bertanding.

Kit Siang berkata: “apa yang Chua Soi Lek katakan dia tidak bertanding dan berikan peluang itu kepada orang-orang baru, sebaliknya saya percaya, dia tidak bertanding kerana tidak terlepas penapisan Datuk Seri Najib.”

“kerana masalah CD Video lucah Chua Soi Lek, Najib risau jika Soi Lek dicalonkan, akan menjejaskan prestasi calon UMNO dan MCA yang lain.”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...