Translate

14/04/2013

Video Seks Pemimpin Pakatan Satu Kifarah Allah?

Hampir sedekad yang lalu, kolumnis Massa, Baharom Mahusin, menulis yang lebih kurangnya begini, “bahawa budaya politik kurang ajar, biadap dan lucah dalam kempen politik disuburkan oleh pembangkang dan diikuti oleh penyokong UMNO.”
Beliau menulis demikian ketika mengulas senarai undian laman ini mengenai tindakan penyokong Pas membakar trak polis di ceramah Pas di Kampung Kubang Bot, Kuala Ketil, Kedah pada tahun 2002.
Hari ini, Majalah Massa yang terkenal suatu ketika dahulu telah “mati” bersama budaya politik murni yang cuba diterapkan oleh Baharom Mahusin.

Namun isu kurang ajar, biadap dan lucah yang dimulakan oleh laman-laman pro-Anwar seperti Mahazalim, Mahafiraun dan disambut oleh Mykmu.net (dulunya dikenali sebagai kmu.net.my) masih berterusan.
Yang berbeza hanyalah pemainnya. Jika dahulu ada Mykmu, Mahazalim, Tranungkite, Mahafiraun, sekarang kita ada Parpukari, Papagomo, Rbfonline, Medan Info Kita, Milo Suam dan lain-lain. Jika dulu paling hebat pun hanyalah video Anwar Ibrahim menari, Anwar Ibrahim menipu kononnya sakit; hari ini ‘Anwar Ibrahim’ berbogel pun sudah masuk ke dalam ruang siber. KLIK SINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...