Selasa, 16 April 2013

Pengalaman 1974 menjadi peringatan yang cukup mendalam - Pas tidak minat kongsi kuasa

CADANGAN supaya usaha merapatkan UMNO dan Pas digiatkan kembali sudah disuarakan beberapa pihak apabila melihat seolah-olah ada titik temu antara Presiden UMNO dan Presiden Pas dalam Syarahan Perdana Palestin di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 8 Mei 2002 lagi.

Jika UMNO-Pas boleh berkongsi pentas dalam isu Palestin, mengapa tidak sedemikian dalam isu-isu yang lebih menjurus kepada kepentingan Melayu Islam di negara ini.

Harapan untuk menyaksikan UMNO-Pas kembali dapat duduk bersama-sama dalam sebarang isu dikatakan hanya boleh berhasil ketika Pas dipimpin oleh Datuk Fadzil Noor dan tidak selepas beliau mengundurkan diri.

Ini kerana sikap Pas sekarang bukan lagi seperti Pas dahulu. Barisan pemimpin pelapisnya dilihat sebagai golongan yang agak radikal dan sukar bertolak ansur serta menjurus kepada keganasan.

Kekerasan demi kekerasan berlaku yang dilakukan oleh pengikut PAS, berlebih-lebih lagi hampirnya hari Penamaan Calun dan Hari Mengundi, demi untuk mencapai matlamatnya. KLIK


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...