Translate

Memaparkan catatan dengan label Parlimen Marang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Parlimen Marang. Papar semua catatan

22/01/2023

SARAWAK REPORT : PRESIDEN PAS KINI MENGAKU BERI DUIT KEPADA PENGUNDI PENDAFTARAN PAS AKAN DIBATALKAN


Jelas sekali PAS TIDAK DAPAT MENAFIKAN DAKWAAN PARTI MEREKA MENGHULURKAN WANG TUNAI KEPADA PENGUNDI SEMASA PILIHAN RAYA, kata Sarawak Report, pihak yang pernah di saman oleh Presiden Pas sebelum ini.

Bagi laman pimpinan Claire Rewcatle Brown itu, Tan Sri Abdul Hadi Awang, telah memutuskan untuk mengakuinya dengan permainan semantik.

“RASUAH DINAMAKAN SEMULA SEBAGAI ‘SEDEKAH’ dan kami dimaklumkan bahawa terdapat perbezaan besar – atau begitulah dakwaan Hadi – jika jentera kerajaan negeri Pas menyerahkan wang tunai berbanding calon tempatan secara fizikal sendiri menyerahkannya.

“Jika calon Pas didedahkan sedang menghulurkan sampul hijau kepada pengundi, apa salahnya?” tanya penulis Sarawak Report ketika mengulas kenyataan Hadi sebagaimana disiarkan oleh The Malaysian Insight semalam.

Claire pernah mendapat bayaran RM1.4 juta dari Hadi membolehkan saman Hadi terhadap Claire diselesaikan di luar mahkamah di London.

Ia berkaitan dengan dakwaan Claire bahawa Hadi dan Pas menerima wang dari Umno dan Barisan Nasional.

Kini, Hadi dan dua lagi Ahli Parlimen Pas di Terengganu berdepan dengan saman dari Umno Terengganu berikutan dakwaan Pas memberikan rasuah kepada pengundi dalam PRU-15 lalu.

“Semoga berjaya kepada peguam yang memikul tugas mempertahankan pendapat undang-undang Hadi di mahkamah.

“PEMIMPIN PAS TIDAK ASING LAGI DENGAN ALASAN YANG TIDAK MASUK AKAL (contohnya BERBOHONG ADALAH OK jika ia menguntungkan partinya sendiri yang ‘Soleh’) tetapi dia cenderung untuk berteori kepada pengikut yang percaya namun melarikan diri apabila cuba diuji dengan kanun keseksaan.

“Nampaknya kini dia tiada pilihan kerana bukti sudah ada dan kes telah dibawa ke atasnya,” kata Sarawak Report.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang mempertahankan pengagihan wang tunai oleh parti itu kepada pengundi semasa pilihan raya umum ke-15 (PRU15), dengan mendakwa ia adalah sedekah dan tidak melanggar peraturan pilihan raya.

The Malaysian Insight (TMI) memetik Ahli Parlimen Marang itu sebagai berkata peraturan sedia ada hanya melarang calon yang bertanding dan wakil mereka daripada memberi wang tunai kepada pengundi.

“Ikut undang-undang pilihan raya, calon atau wakil calon tak boleh bagi, orang awam nak bagi sedekah terpulang kepada dia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Semarak Gelombang Rakyat bersama Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan, hari ini.

Abdul Hadi juga menyifatkan petisyen yang difailkan BN untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi tiga kerusi Parlimen Terengganu sebagai “perang saraf”.

 

19/04/2013

Parlimen Marang: Pertarungan Yahya Khatib Lawan Hadi Awang


Sempena PRU-13 ini, PAS boleh mengucapkan selamat tinggal pada angan-angannya untuk menawan kembali Terengganu meskipun semenjak pasca PRU-12 2008 parti itu agak aggresif memanipulasi masalah kepuakan dalam UMNO Terengganu.

Dalam keadaan di mana UMNO Negeri semakin mantap perpaduannya dan para panglima serta anak buahnya sepakat mengetepikan sengketa sesama sendiri, sukar sekali untuk PAS mengambil kesempatan untuk mengulangi sejarah PRU-10 1999 dulu.

18/04/2012

SIKAP FANATIK DAN SOMBONG SERTA EMOSI MEMBAWA KESAN BURUK KEPADA DIRI SENDIRI ???


Marang 17/04/2012 - Majlis Pembahagian Netbook kepada pelajar-pelajar sekolah kawasan Parlimen Marang (DUN Rhu Rendang) yang diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Marang telah dicemari dengan sikap bodoh dan sombong seorang pengikut fanatik PAS.

29/10/2011

Majlis Khatam Al-Quran dan Anugerah Kecemerlangan UPKK Parlimen Marang



Marang 29/10/2011 - Majlis Khatam Al-Quran dan Anugerah Kecemerlangan UPKK Pelajar Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) kawasan Parlimen Marang berlangsung pada hari ini bertempat di Masjid Sultanah Nur Zahirah, Bandar Marang. Majlis telah dirasmi dan disempurnakan oleh YB Tuan Haji Alias bin Abdullah, Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Limbat.

19/07/2011

Bekas Ahli Parlimen yakin BN rampas Marang

View Image

KUALA LUMPUR 18 Julai – Bekas Ahli Parlimen Marang, Datuk Abdul Rahman Bakar hari ini menyuarakan keyakinannya bahawa Barisan Nasional (BN) akan dapat merampas kembali kerusi Parlimen tersebut daripada Pas.

Bagaimanapun, beliau yang baru mengangkat sumpah semula sebagai Ahli Dewan Negara bagi tempoh satu penggal lagi hari ini berkata, perkara itu bergantung kepada calon yang akan mewakili BN pada pilihan raya umum akan datang.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...