Translate

19/07/2011

Bekas Ahli Parlimen yakin BN rampas Marang

View Image

KUALA LUMPUR 18 Julai – Bekas Ahli Parlimen Marang, Datuk Abdul Rahman Bakar hari ini menyuarakan keyakinannya bahawa Barisan Nasional (BN) akan dapat merampas kembali kerusi Parlimen tersebut daripada Pas.

Bagaimanapun, beliau yang baru mengangkat sumpah semula sebagai Ahli Dewan Negara bagi tempoh satu penggal lagi hari ini berkata, perkara itu bergantung kepada calon yang akan mewakili BN pada pilihan raya umum akan datang.


“Calon yang akan dipilih nanti tidak semestinya mereka jawatan dalam politik. Sebaliknya, pilih calon yang diterima rakyat pelbagai kaum dan paling penting, bekerja ikhlas semata-mata mahu membantu rakyat.


“Sekiranya ini kriteria calon yang akan dipilih oleh BN untuk bertanding di Parlimen Marang pada pilihan raya umum akan datang, saya yakin BN akan berjaya merampas kembali kerusi Parlimen itu daripada pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas upacara angkat sumpah menjadi Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan disaksikan oleh Ahli-Ahli Dewan berkenaan di sini, hari ini.

Abdul Rahman kini merupakan Pengerusi Pengundi Luar dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Badan Perhubungan UMNO Terengganu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...