Translate

Memaparkan catatan dengan label Sedekah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sedekah. Papar semua catatan

22/01/2023

SARAWAK REPORT : PRESIDEN PAS KINI MENGAKU BERI DUIT KEPADA PENGUNDI PENDAFTARAN PAS AKAN DIBATALKAN


Jelas sekali PAS TIDAK DAPAT MENAFIKAN DAKWAAN PARTI MEREKA MENGHULURKAN WANG TUNAI KEPADA PENGUNDI SEMASA PILIHAN RAYA, kata Sarawak Report, pihak yang pernah di saman oleh Presiden Pas sebelum ini.

Bagi laman pimpinan Claire Rewcatle Brown itu, Tan Sri Abdul Hadi Awang, telah memutuskan untuk mengakuinya dengan permainan semantik.

“RASUAH DINAMAKAN SEMULA SEBAGAI ‘SEDEKAH’ dan kami dimaklumkan bahawa terdapat perbezaan besar – atau begitulah dakwaan Hadi – jika jentera kerajaan negeri Pas menyerahkan wang tunai berbanding calon tempatan secara fizikal sendiri menyerahkannya.

“Jika calon Pas didedahkan sedang menghulurkan sampul hijau kepada pengundi, apa salahnya?” tanya penulis Sarawak Report ketika mengulas kenyataan Hadi sebagaimana disiarkan oleh The Malaysian Insight semalam.

Claire pernah mendapat bayaran RM1.4 juta dari Hadi membolehkan saman Hadi terhadap Claire diselesaikan di luar mahkamah di London.

Ia berkaitan dengan dakwaan Claire bahawa Hadi dan Pas menerima wang dari Umno dan Barisan Nasional.

Kini, Hadi dan dua lagi Ahli Parlimen Pas di Terengganu berdepan dengan saman dari Umno Terengganu berikutan dakwaan Pas memberikan rasuah kepada pengundi dalam PRU-15 lalu.

“Semoga berjaya kepada peguam yang memikul tugas mempertahankan pendapat undang-undang Hadi di mahkamah.

“PEMIMPIN PAS TIDAK ASING LAGI DENGAN ALASAN YANG TIDAK MASUK AKAL (contohnya BERBOHONG ADALAH OK jika ia menguntungkan partinya sendiri yang ‘Soleh’) tetapi dia cenderung untuk berteori kepada pengikut yang percaya namun melarikan diri apabila cuba diuji dengan kanun keseksaan.

“Nampaknya kini dia tiada pilihan kerana bukti sudah ada dan kes telah dibawa ke atasnya,” kata Sarawak Report.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang mempertahankan pengagihan wang tunai oleh parti itu kepada pengundi semasa pilihan raya umum ke-15 (PRU15), dengan mendakwa ia adalah sedekah dan tidak melanggar peraturan pilihan raya.

The Malaysian Insight (TMI) memetik Ahli Parlimen Marang itu sebagai berkata peraturan sedia ada hanya melarang calon yang bertanding dan wakil mereka daripada memberi wang tunai kepada pengundi.

“Ikut undang-undang pilihan raya, calon atau wakil calon tak boleh bagi, orang awam nak bagi sedekah terpulang kepada dia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Semarak Gelombang Rakyat bersama Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan, hari ini.

Abdul Hadi juga menyifatkan petisyen yang difailkan BN untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi tiga kerusi Parlimen Terengganu sebagai “perang saraf”.

 

13/07/2012

PAS memang bangsat meminta SEDEKAH untuk DANA PRU13 daripada pelajar Malaysia di Kaherah ???



Assalamualaikum...

Wowww !!! Tahniah diucapkan kepada kepimpinan Presiden PAS Malaysia Tuan Guru Hj Hadi Awang kerana berjaya mengutip dana PRU13 daripada Mahasiswa Malaysia di Mesir ( kebanyakan pelajar pengajian islam) sebanyak 12.000 Egyption ( RM 6315.78) yang bertempat di Hayyu Sadis , Nars City Kaherah...Ini adalah anjuran daripada sayap politik PMRAM iaitu S.U.A.R.A yang begitu agresif sejak akhir-akhir ini membantai kerajaan... 

Sebenarnya saya tidak pelik sekiranya ramai pelajar Malaysia di Kaherah ini menyokong PAS dan Pakatan Rakyat kerana mereka dari mula sampai lagi mereka telah di asuh untuk memberikan sentimen Anti-Kerajaan kepada pelajar baru... PMRAM lah sebenarnya yang menjadi PROXY PAS di Mesir... Mereka sangat lantang di dalam isu-isu semasa lebih-lebih lagi ianya berkait dengan isu keagamaan... Tapi bila bab-bab PAS kena musibah dema nih pandai pula sorok muka dan malu nak berkataa-kata... Seboleh2 mereka ini akan pertahankan PAS walaupun mereka di dalam landasan yang salah...

Mereka selalu memainkan isu hudud di kalangan pelajar dan memainkan isu berkenaan kerajaan ZALIM... Sebab itulah mereka ini terlalu taksub menyokong PAS sehingga sanggup melawan peraturan yang telah ditetapkan.. Mereka cuba menganggap itu adalah satu daripada perjuangan mereka.. ( bodoh  !! ) Saya nih takdelah nak taksub sangat dengan politik dan nak menyokong kerajaan persekutuan dengan membabi buta... Ada sesetengah bab saya perlu bersuara sekiranya ianya salah dari sisi agama islam... 

Tapi saya perlu mengkaji sesetengah perkara dan barulah saya akan bertindak dan bersuara... Ini baru belajar tahun 1 atau tahun 2 dah pandai nak menghukum dengan perkara yang dia tidak nampak hanya sekadar mendengar daripada pihak2 yang belum tentu ada kesahihannya... Itu takpe lagi, ini yang duduk belajar kat sini dah bertahun-tahun tak lepas pengajian di angkat pulak menjadi pemimpin dan mengajar orang2 baru... Macam mana lah tak jadi keturunan... Lepas tu bangga duduk lama kat sini ~ ~ cehhh

Tak pelah itu satu hal la dema ni na sokong pembangkang di Malaysia...

Yang masalahnya, Kenapa PAS perlu meminta SEDEKAH untuk DANA PRU13 daripada pelajar Malaysia di Kaherah ??? Ini bukan kali pertama terjadi... Tahun ini sahaja sudah dua kali perkara yang sama telah berlaku... Sebelum ini MAT SABU telah hadir di Kaherah untuk mengutip DANA PRU13 juga dan telah berjaya mengumpul sebanyak 25.000 Egyption ( RM 13.1578.95 ) ... Padahal, Pakatan Rakyat sebenarnya tidak perlu meminta DERMA daripada rakyat untuk menghadapi PRU13 kerana sumber yang kita ketahui PR telah mendapat supporter daripada pihak luar negara daripada pelbagai NGO ( badan bukan kerajaan ) Apa lagi yang tidak cukup?

bersambung dan KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...