Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Dr Ahmad Faidhi kini mengambil alih tugas sebagai pengerusi negeri selepas Datuk Chua Jui Meng 'menghilangkan' diri.
Dr Ahmad berkata mesyuarat pada 20 Mac lalu memutuskan bahawa dia akan mengambil alih tugas pengerusi negeri sehingga Chua kembali.
"Secara rasmi, beliau (Chua) sedang bercuti tetapi kita tidak tahu sehingga bila," katanya pada sidang media di sini, Sabtu.