
Kolkata: Tiga lelaki didakwa mencabul seorang pelajar Korea Selatan dalam sebuah bas di timur India, kata polis kelmarin dalam insiden terbaru menaikkan kebimbangan berhubung keselamatan wanita di negara itu.
Pelajar kolej berusia 20 tahun itu cuba menaiki sebuah bas penuh sesak di sini awal pagi semalam apabila tiga lelaki cuba mengheretnya keluar dari kenderaan itu, kata pegawai polis Subhendu Barik kepada AFP.
“Mangsa berjaya menaiki bas. Kumpulan lelaki terbabit juga menaiki bas dan berdiri di belakangnya”, kemudian didakwa merabanya,” katanya.