Translate

Memaparkan catatan dengan label Kaum India. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kaum India. Papar semua catatan

30/03/2013

Kaum India beramai-ramai keluar daripada DAP ??

Begitu hinanya Kaum India dalam DAP dalam kenyataan Koo Ham

SEREMBAN 29 Mac - Perbuatan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang menggambarkan undi masyarakat India mampu dibeli dengan hanya sogokan wang serta arak terus mendapat kecaman daripada ahli parti itu sendiri.

Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, Negeri Sembilan, David Dass Aseerpatham berkata, masyarakat India terutama ahli DAP menganggap kata-kata Koo Ham itu satu penghinaan yang besar terhadap mereka.

27/07/2012

Inilah sifat segelintir kaum Melayu mempunyai sifat 'PHD' perlu dikikis segera

Populariti Najib: Cina naik, kaum Melayu, India susut

Infografik
SHAH ALAM - Tahap populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kalangan pengundi di Semenanjung "kekal stabil" di tahap positif meskipun merekodkan sedikit penurunan membabitkan kaum Melayu dan India, demikian menurut kajian kendalian Merdeka Center.
Penemuan firma itu, yang dikeluarkan semalam, menunjukkan populariti Najib pada bulan lalu berada di paras 64 peratus berbanding 65 peratus Mei lalu.
Kajian itu juga menunjukkan paras rasa puas hati terhadap prestasi Perdana Menteri di kalangan pengundi Melayu, penduduk majoriti negara ini, dan India, kaum minoriti, masing-masing menurun daripada paras 79 peratus kepada 75 peratus dan 72 peratus kepada 69 peratus.
Bagaimanapun sokongan pengundi Cina terhadap prestasi Najib telah meningkat daripada 37 peratus pada Mei lalu kepada 42 peratus bulan lalu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...