Artikel ini telah di tulis oleh seorang warganegara yang berbangsa Cina berasal dari Johor yang sangat prihatin didalam senario politik ditanga air dan sangat peka tentang sensitiviti yang acapkalai berlaku dan dimainkan oleh mereka tanpa rasa tanggungjawab dan memikirkan kesan kesannya terhadap kemakmuran yang telah dikecapi selama ini. Saya amat terharu dengan apa yang diluahkan melalui artikel yang cukup baik untuk memberikan kesedaran kepada kita semua.
Malaysia adalah sebuah negara yang indah dengan pelbagai kaum. Kepelbagaian kaum menjadi aset kepada negara kita jika semua kaum hidup bersatu padu, bertolak ansur dan saling faham memahami. Sukar untuk sesebuah negara yang berbilang kaum sentiasa hidup beraman damai seperti Malaysia. Kebanyakkannya(kepelbagaian kaum) menjadi liabiliti kepada sesebuah negara tersebut.