Translate

02/04/2011

Menyemai benih perkauman, menuai taufan kehancuran

Artikel ini telah di tulis oleh seorang warganegara yang berbangsa Cina berasal dari  Johor yang sangat prihatin didalam senario politik ditanga air dan sangat peka tentang sensitiviti yang acapkalai berlaku dan dimainkan oleh mereka  tanpa rasa tanggungjawab dan memikirkan kesan kesannya  terhadap kemakmuran yang telah dikecapi selama ini. Saya amat terharu dengan apa yang diluahkan melalui artikel yang cukup baik untuk memberikan kesedaran kepada kita semua.
Malaysia adalah sebuah negara yang indah dengan pelbagai kaum. Kepelbagaian kaum menjadi aset kepada negara kita jika semua kaum hidup bersatu padu, bertolak ansur dan saling faham memahami. Sukar untuk sesebuah negara yang berbilang kaum sentiasa hidup beraman damai seperti Malaysia. Kebanyakkannya(kepelbagaian kaum) menjadi liabiliti kepada sesebuah negara tersebut.

Kita adalah generasi baru yang akan menerajui serta membangunkan negara Malaysia dalam era globalisasi. Sesungguhnya. globalisasi ini mempercepat serta memudahkan sesebuah negara dijajah sama ada dari segi politik, ekonomi atau sosial. Jadi bukanlah semudah yang kita fikirkan untuk sentiasa merdeka daripada penjajah jika pemuda-pemudi kita semakin hari semakin leka. Sesebuah negara yang aman seperti Malaysia tentu dijadikan sasaran oleh individu, “ORGANISASI” atau negara lain yang berniat jahat. Dengan niat jahat dan hasad dengki, mereka akan cuba melaga-lagakan sesama kita sendiri, melihat kita bergaduh sesama sendiri, menjajah sedikit demi sedikit dan akhirnya menguasai negara kita.
Kerajaan sentiasa mengingatkan rakyat dan parti supaya tidak bermain dengan isu perkauman. Isu perkauman ibarat gunung berapi dan bom jangka. Perasaan membenci sesama kaum akan terkumpul sedikit demi sedikit. Jika ia meletup, adalah susah untuk “dipadamkan” sama ada dalam jangka masa panjang atau jangka masa pendek kerana fenomena ini akan berulang. Kita tidak dapat melihat dengan mata kasar sendiri sejauh mana kebencian orang lain terhadap kita kerana kebencian itu terletak di dalam hati individu sendiri.
Tidakkah anda bersyukur dan menghayati dengan keadaan sekarang yang aman dan harmoni? Sanggupkah kita melihat negara tercinta ini jatuh ke lembah kehancuran? Cubalah anda bayangkan, jika dalam masa 20-50 tahun lagi negara kita dalam peperangan, apakah perasaan anda dan situasi semasa peperangan? Apa yang akan terjadi kepada isteri, suami, anak dan juga keluarga yang tersayang? Sanggupkah anda membiarkan perkara ini berlaku akibat isu perkauman? Terdapat berbagai negara yang boleh dijadikan contoh dalam keadaan(pergaduhan dan peperangan antara kaum) ini termasuk negara kita sendiri. Tetapi syukur kepada Illahi kerana negara kita tidak berperang semasa insiden 13 Mei. Belajarlah daripada sejarah.
Marilah kita sama-sama membina, memperkasa, menguat serta mengekalkan hubungan yang kukuh sesama kaum supaya dengan kekuatan ini, kita dapat “menepis” daripada segala niat ORGANISASI atau NEGARA tertentu untuk menjajah MALAYSIA sama ada secara langsung atau tidak langsung. Jika pergaduhan kaum berlaku, saham di negara kita akan jatuh mendadak kerana keadaan yang tidak stabil dan tidak menyakinkan pelabur.
Pelabur-pelabur bertindak menjual saham-saham mereka di pasaran. Dengan harga yang amat murah, jutawan-jutawan dari negara lain akan membeli semua saham tersebut dan akhirnya menguasai ekonomi negara kita. Dengan menguasai ekonomi, ia dapat menguasai politik dan juga kerajaan. Ambillah contoh seperti America.
Saya percaya memang benar ada ORGANISASI-ORGANISASI yang telah merancang untuk melaga-lagakan kita, wewujudkan konspirasi-konspirasi dan mengatur langkah demi langkah untuk menjajah bukan sahaja negara kita, malahan seluruh dunia. Jadi renung-renungkanlah bertapa BAHAYANYA jika kita tidak saling faham, bertolak ansur memahami antara satu sama lain serta bermain dengan isu perkauman.
YOU DON’T JUDGE MALAY AS A MALAY.
YOU DON’T JUDGE CHINESE AS A CHINESE.
YOU DON’T JUDGE INDIAN AS AN INDIAN
AND YOU DONT JUDGE OTHER RACES ON THEIR RACE
BUT YOU JUDGE ALL OF THEM AS A HUMAN BEING……….A HUMAN BEING WHO ISN’T PERFECT AND SOMETIME DOES MISTAKES.
-Ke0nG-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...