Isnin, 28 Mac 2011

Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Dijangka Hingga Selasa

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Angin kencang Timur Laut dan laut bergelora kategori kedua diramal berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-layang dan Palawan sehingga Selasa depan.

Menurut kenyataan di laman web Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) pada Ahad, keadaan angin berkelajuan 50 hingga 60 km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

JMM turut memberi amaran angin kencang Timur Laut dan laut bergelora kategori pertama berkelajuan 40 hingga 50 km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di perairan Kelantan, Terengganu, Sarawak (Miri), Sabah (Pantai Barat, Kudat dan Sandakan), Wilayah Persektuan Labuan, perairan laut Samui dan Sulu, yang dijangka berterusan sehingga Selasa ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...