Anak panah menunjukkan penghuni yang tidak diundang turut menunggu untuk menggunakan dewan tersebut. |
Usaha berturutan diambil demi untuk mengindahkan serta memertabatkan dimata masyarakat setempat, namun disebaliknya yang berlaku ke atas Dewan Majlis Daerah Marang yang begitu indah reka bentuknya, telah dicacat celakan dengan kelewatan pihak kontraktor terbabit menyiapkannya. Apa yang telah dimaklumkan bahawa pihak kontraktor telah tidak mampu untuk menyiapkan projek ini dalam jangka tempoh yang ditetapkan.
Adakah perkara sedemikian perlu dibiarkan atau ?????
Ketika penduduk Kg. Bukit Mawi mengalami bencana banjir yang melanda baru-baru ini, sepatutnya boleh menempatkannya di Dewan Majlis Daerah Marang yang berdekatan, tetapi itulah hakikatnya, penduduk terlibat terpaksa ditempatkan di dewan sekolah yang berhampiran. Alangkah sedihnya, perkara-perkara sedemikian masih lagi berlaku, walaupun pihak kerajaan telah menyuarakan ketetapan yang perlu dilaksanakan oleh kontraktor-kontraktor yang dilantik.
Beginilah keadaan papan tanda projek Dewan Majlis Daerah Marang - butiran catatan tidak nampak menunjukan ketidak sungguhan kontraktor berkaitan melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan. |