KUALA LUMPUR, 28 Feb – Pendakwaan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan beberapa eksibit yang mungkin mendedahkan identiti ‘Lelaki Y’ melalui profil DNA, yang air maninya ditemui dalam dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Peguam Cara Negara 11 Datuk Mohamed Yusof Zainal Abidin, yang mengetuai pendakwaan, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa pihaknya akan memanggil saksi baru memberi keterangan berhubung sampel terbabit esok.
Sehubungan itu, sampel seperti sehelai tuala ‘Good Morning’, sebatang berus gigi berwarna putih, sehelai tuala dan sebotol air mineral mungkin mendedahkan identiti ‘Lelaki Y’.