Translate

27/02/2011

Anwar Tidak Selesa Soalan Ram Karpal

AIDCNews -26/02/11 – Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah kelihatan tidak begitu selesa dengan soalan-soalan salah seorang peguamnya, Ram Karpal yang bertanyakan soalan dengan nada marah tetapi tidak logik.
Reaksi ketidakpuasan hati Anwar ditunjukkan dengan bahasa badan, menggeleng-gelengkan kepala dan mendengus, setiap kali melihat reaksi dan soalan Soalan Ram Karpal yang bakal mempercepatkannya menghuni semula penjara Sungai Buloh.
“Ada ketika perbicaraan tadi kalangan yang hadir dapat melihat Anwar menggeleng-gelengkan kepala dan mendengus bila mendengar soalan daripada Karpal. Mahunya tidak, Anwar sendiri merasakan soalan Ram Karpal menyimpang jauh dan tidak akan mampu menutup peluang untuknya ke Sungai Buloh.

“Anwar menoleh ke belakang; dan adakala meminta Kak Wan (Wan Azizah) supaya membisikkan sesuatu kepada Sankaran. Kak Wan tak terus pergi. Memberikan isyarat tunggu dan sabar kepada Anwar. Nampak sangat Anwar semakin resah”, lapor blog Gelagat Anwar dari galeri awam mahkamah semalam. Klik di sini
Menurut blog itu, sebelum ini, mesyuarat team peguam Anwar sudah bersepakat untuk mencari hujah-hujah yang lebih kukuh mempertahankan Anwar selain daripada hujah mendakwa bahan bukti tercemar.
Mesyuarat juga memutuskan hujah bahan bukti tercemar hendaklah dipertikaikan kredibiliti pihak hospital dan para doktornya, bukannya pihak polis, khususnya Jude Pereira yang tidak melakukan ujian tersebut.
“Yang buat Anwar sangat kecewa adalah dalam mesyuarat team guaman; telah dipersetujui supaya Ram tidak menyerang integriti pengurusan barang kes PDRM. Ini dah dipersetujui.
“Tidak akan ada ruang untuk mencari salah kerana setelah beberapa kali dinilai – Jude Pereira mengamalkan ‘extra precaution’ dalam pengurusan DNA. Setiap kali bahan bukti dipegang dengan beralas. Disimpan di dalam peti sejuk yang terkunci rapi.
“Yang perlu dipertikai dan dipersoal adalah kaedah pengurusan HKL. Anwar tahu, disebabkan terlalu banyak kes di HKL; institusi itu adalah ‘lubuk masalah’ kepada kes ini. Telah dipersetujui bahawa serangan akan ditujukan kepada HKL dan bukan PDRM”, lapornya.
Menurutnya lagi, soalan-soalan Ram Karpal mengundang padah yang lebih besar kepada Anwar kerana gagal menimbulkan keraguan kepada hujah pihak pendakwa. Sebaliknya Ram Karpal dilihat berusaha mengemukakan hipotesis baru yang tidak logik, iaitu terdapat DNA Jude Pereira bersama Lelaki Y.
“Soalan Ram Karpal yang membuat Anwar mendengus adalah berkenaan kemungkinan DNA Inspektor Jude Pereira menjadi ‘penyumbang’ kepada rantaian DNA yang ada di dubur Saiful. Logik?
“Apakah logik; sebagai seorang yang lama dan berpengalaman dalam PDRM; Jude akan membuka ruang untuk sebarang kesilapan yang mungkin dilakukan dalam proses siasatan. None. Anwar dah pesan kepada Ram Karpal supaya fokus kepada HKL. HKL sahaja!!”, katanya lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...