Translate

24/02/2011

Lelaki Y Adalah Anwar Ibrahim ?

AIDCNews – 24/02/11 – Insiden peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair membuat bantahan dan memohon penangguhan semalam ketika saksi pendakwa ke-6, Nor Aidora Saedon, Ketua Unit DNA Paterniti, Divisyen Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, menimbulkan satu spekulasi besar.
“Namun Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mencelah dan berkata tidak apa yang perlu dibantah kerana saksi belum menyatakan apa-apa lagi “, lapor Malaysiakini. Klik di sini
Pertikaman lidah di antara peguam Anwar dan pihak pendakwa itu menyebabkan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudiannya mengarahkan kedua-dua pihak itu berjumpanya di kamarnya untuk penyelesaian secara tertutup.

Selepas penyelesaian di kamar hakim, barulah saksi pendakwa dibenarkan memberi keterangan dengan mengenal pasti lima barang kes yang terdiri daripada sehelai bulu, satu berus gigi kecil warna putih, sehelai tuala kecil jenama Good Morning yang turut terdapat sehelai lagi bulu dan satu botol air mineral plastik.
Seterusnya, Mahkamah Tinggi semalam turut diberitahu bahawa analisis profil asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap calitan putik kapas yang diambil daripada berus gigi, tuala kecil dan botol air mineral didapati berpadanan dengan profil ‘Lelaki Y’ yang ditemui pada rektum (salur dubur) Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Sehingga semalam, Mahkamah Tinggi tidak diberitahu identiti siapakah “Lelaki Y’ itu yang telah dibangkitkan sejak 17 Februari lalu.
Berdasarkan keterangan Nor Aidora Saedon semalam, kebanyakan blog, The Unspinners, Selangordaily, Papagomo, dukeofumno, sungai rapat online, semut hitam, Kedah Times, joezuax bersepakat mengesahkan bahawa ‘Lelaki Y’ yang dimaksudkan itu adalah Anwar Ibrahim.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...